Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

Singapura Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:46PM

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan kekal dalam barisan kabinet baharu sebagai menteri kanan, lapor media tempatan yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong pada Selasa.

The Straits Times melaporkan Wong yang akan menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri Singapura menggantikan Lee pada 15 Mei, akan mengumumkan butiran kabinet baharunya dalam satu sidang media beberapa hari sebelum majlis mengangkat sumpah.

"Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama.

Sebaliknya, mereka terus menyumbang dalam cara yang berbeza, sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk meningkat naik.

Saya akan mengguna pakai pendekatan sama apabila saya mengambil alih," katanya kepada media, lapor akhbar itu.

Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada Wong untuk menggantikannya.

Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai menteri kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

Wong yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet baharu itu tidak akan menyaksikan perubahan besar dan menjangka kebanyakan menteri Kabinet sedia ada akan kekal dalam portfolio semasa mereka.

Bagaimanapun, Wong berkata, perubahan besar kemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum dan beliau sudah mula mencari calon- calon baharu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ibrahim, Lee Hsien Loong Saksikan Penyambungan Semula RTS Link

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penambakan Tanah Batu Puteh, Singapura Setuju Dengar Hujah Malaysia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Putrajaya Meterai MoU, Rangka Kerja Keselamatan Siber, Digital Dan Ekonomi Hijau Dengan Singapura

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam