web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hamilton Menang Mudah Di GP Qatar, Potong Kelebihan Verstappen

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 8:59AM

Hamilton memegang trofi pemenang GP Qatar di atas podium selepas tamat perlumbaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Lewis Hamilton melintasi garisan penamat GP Qatar yang julung kali diadakan di tempat pertama untuk memotong kelebihan Max Verstappen di carta kejuaraan dunia Formula Satu kepada lapan mata.

Juara dunia tujuh kali itu dengan selesa mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir,  meninggalkan seteru dari Belandanya di belakang.

Kejuaraan dunia musim ini berbaki dua pusingan lagi dan pertarungan untuk merebut mahkota pemandu kini tampak seperti akan berlangsung hingga ke penghujung.

Satu minggu daripada kemenangan paling sukarnya di Brazil, Hamilton menikmati salah satu perlumbaan yang paling selesa dalam kerjayanya.

Kelibat kejuaraan dunia buat pemandu Mercedes itu seperti semakin jauh dari jangkauannya selepas Verstappen menang di Amerika Syarikat dan Mexico, tetapi kini momentum seperti berada di sisi rakyat Britain berusia 36 tahun itu.

“Saya tidak sabar untuk menonton ulang tayang untuk menyaksikan apa yang terjadi di belakang.

“Keadaan sangat sunyi di hadapan. Saya suka perlumbaan di mana perlu bersaing untuk maju ke depan, tetapi hari ini kami perlukan mata berharga ini.

“Ini tahun yang hebat. Kemenangan berturut-turut di sini berasa baik, saya berasa sangat cergas. Ayuh ke dua perlumbaan terakhir,” kata Hamilton selepas kemenangan ke-102 kariernya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sainz Catat Kemenangan Sulung F1 Di Silverstone

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Verstappen Juara GP Miami

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan