web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 7:00AM

Lewis Hamilton, mengakui litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang ikonik, sehingga kini kekal sebagai litar perlumbaan paling sukar dalam kariernya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Formula Satu (F1) tujuh kali Lewis Hamilton, mengakui litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang ikonik, sehingga kini kekal sebagai litar perlumbaan paling sukar dalam kariernya dan berharap akan dapat berlumba semula di situ.

Pelumba British berusia 37 tahun itu berkata, SIC adalah sebuah litar menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan epik, ketika Grand Prix (GP) F1 Malaysia.

Bagaimanapun, Hamilton yang hanya pernah menang di litar itu pada musim 2014 berkata, berlumba dalam kepanasan waktu tengah hari memberikan cabaran dari aspek fizikal, selain cuaca tidak menentu, menjadikan perlumbaan di litar sepanjang 5.53 kilometer (km) itu, selalu membuatkan perlumbaan sukar.

“Saya masih ingat ketika perlumbaan pertama saya di sini pada 2007, saya rasa saya di tempat kedua (dan) ia merupakan podium kedua saya dalam karier. Saya hilang empat kilogram pada perlumbaan itu, saya masih ingat bagaimana sukarnya ketika hendak keluar daripada kereta.

“Pada tahun-tahun selepas itu, kami alami pengalaman berbeza, bukan sahaja sangat panas tetapi kemudiannya hujan, kadang-kala hujan lebat. Saya sedih kami tidak dapat gunakan litar itu lagi, tetapi saya tahu ia masih digunakan untuk GP Moto… semoga suatu hari nanti kami boleh lakukannya semula dan kami akan kembali,” katanya.

Hamilton berkata demikian pada sidang media Petronas dan Pasukan Mercedes-AMG F1 di sini, hari ini.

Kali terakhir GP Malaysia dianjurkan adalah pada 2017, selepas kerajaan membuat keputusan untuk tidak menganjurkannya selepas diadakan selama 19 tahun.

Sementara itu, Hamilton yang masih belum memenangi sebarang perlumbaan musim ini, tidak menganggapnya sebagai ‘kemarau kemenangan’ atau ‘penamat’.

“Saya tidak melihatnya sebagai kemarau kemenangan… saya rasakan tahun ini merupakan tahun pembangunan…masih ada enam perlumbaan (lagi), jadi masih ada enam peluang dan kami akan cuba untuk menang, tetapi jika kami tidak lakukannya, saya tidak rasakan ia suatu penamat. Kami akan kembali ke tempat teratas,” katanya.

Hamilton masih mempunyai enam perlumbaan untuk menamatkan kemarau kemenangan dan mengekalkan rekod musim berturut-turut dalam F1 paling banyak dengan sekurang-kurangnya satu kemenangan GP, iaitu pada masa ini, beliau kongsi bersama legenda serta rakan yang menjadi juara tujuh kali, Michael Schumacher.

Pada ketika ini, Hamilton berada di kedudukan keenam terbaik pelumba dengan 168 mata, manakala pelumba Red Bull Max Verstappen dari Belanda berusia 24 tahun itu akan memenangi kejuaraan dunianya yang kedua, jika meraih kemenangan di GP Singapura hujung minggu ini. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Mercedes-AMG Petronas Mahu Tunjukkan ‘Hamilton Yang Terbaik’

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Menang Mudah Di GP Qatar, Potong Kelebihan Verstappen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan