web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:20AM

Hamilton menjulang trofi juara GP Arab Saudi di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Harapan Lewis Hamilton untuk mengecapi kejuaraan dunia Formula Satu kelapannya masih ada selepas beliau menjuarai GP Arab Saudi dalam perlumbaan yang mendebarkan.  

Keputusan ini meletakkan juara dunia tujuh kali itu seri 369.5 mata bersama seteru utama dari Red Bull Max Verstappen menjelang perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi hujung minggu depan.

Pemandu Mercedes itu berada di belakang Verstappen hampir sepanjang perlumbaan 50 pusingan itu yang terpaksa dihentikan dua kali kerana insiden kemalangan dan beberapa kali kereta keselamatan dan kereta keselamatan maya terpaksa diaktifkan.

Tetapi Hamilton, yang terpaksa memandu dengan bahagian depan kereta yang rosak selepas berlaku pelanggaran bersama Verstappen, bangkit untuk memenangi perlumbaan kelapannya musim ini dan yang ke-103 dalam kariernya.

Kejuaraan dunia tahun ini akan ditentukan di Abu Dhabi, tetapi jika kedua-dua pemandu gagal untuk menamatkan perlumbaan Verstappen akan dinobatkan sebagai juara selepas mengecapi sembilan kemenangan musim ini.

Verstappen menamatkan perlumbaan di tangga kedua tetapi diberikan penalti lima saat selepas berlanggar dengan Hamilton.

Penaltinya kemudian dinaikkan kepada 10 saat oleh pegawai perlumbaan tetapi ia tidak mengubah posisi penamatnya.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas memintas pemandu Alpine Esteban Ocon di garisan penamat untuk tempat ketiga dan memberikan Mercedes kelebihan 28 mata dalam kejuaraan pengeluar. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan