web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:44AM

KBS komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November ini.

Menterinya Hannah Yeoh berkata selain acara sukan, pihak kementerian juga menerima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.

“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai hiburan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hannah berkata agak mustahil bagi Malaysia untuk mengembalikan semula perlumbaan Formula 1 (F1) memandangkan kos penganjuran yang terlalu tinggi.

Beliau berkata sebaliknya, KBS buat masa ini akan mengutamakan pemberian dana kepada SIC termasuk suntikan RM20 juta bagi menaik taraf infrastruktur dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara tempatan atau antarabangsa.

“Kalau mampu memang kita akan buat (perlumbaan F1) tapi memang kita tak mampu sekarang, so kita akan gunakan dana yang kita ada untuk keutamaan lain dahulu,” katanya.

Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkannya pada 2017 ekoran penyusutan pulangan yang ketara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan terdapat kelainan dalam penganjuran MotoGP di SIC yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.

Dalam perkembangan lain, Azhan Shafriman berkata  kerja-kerja penurapan litar di selekoh 7 sehingga 12 daripada keseluruhan litar sepanjang 5.54 kilometer itu telah mencapai tahap 40 peratus.

Beliau yakin kerja-kerja penurapan tersebut dapat disiapkan menjelang minggu terakhir bulan ini sebelum pihaknya dapat menganjurkan Piala Porsche Carrera Asia yang dijadual pada 29 dan 30 April ini.

Kali terakhir SIC menaik taraf litar tersebut adalah pada tahun 2016 dan selepas itu tiada sebarang penurapan baharu dilakukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki