web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:20PM

Grand Prix Singapura 2022 menyaksikan 302,000 kehadiran penonton dalam tempoh tiga hari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Grand Prix Formula 1 (F1) Singapura 2022 mencipta rekod baharu pengunjung paling ramai dalam sejarah 13 tahunnya, menyaksikan 302,000 kehadiran penonton dalam tempoh tiga hari, menurut pihak penganjur, Singapore GP Pte Ltd.

“Kembalinya Formula 1 sangat dinanti-nantikan, tiket habis dijual hanya beberapa jam selepas pelancarannya pada awal tahun ini.

"Sejak pengumuman pembaharuan kontrak kami pada penghujung Januari lalu, kami hanya mempunyai beberapa bulan bagi membuat perancangan untuk menyusun persembahan mega sebagai menandakan kemunculan semula kami," kata Timbalan Pengerusinya Colin Syn, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang GP Singapura hari ini.

Selepas dua tahun menyepi kerana pandemik global 2019, menurut GP Singapura perlumbaan kali ini menarik penonton dari seluruh dunia, termasuk Australia, United Kingdom, Indonesia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Perlumbaan akhir yang mendebarkan petang ini menyaksikan Charles Leclerc berada di kedudukan petak pertama, Sergio Perez di petak kedua dan Lewis Hamilton di petak ketiga.

F1 Singapura 2022 yang diadakan pada sebelah malam itu akan berlangsung di Litar Marina Bay Street  sepanjang 5.063 kilometer (km). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad