web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mercedes-AMG Petronas Mahu Tunjukkan ‘Hamilton Yang Terbaik’

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:27AM

Lewis Hamilton - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Pengeluar Formula Satu (F1) 2021, Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas akan melakukan segalanya untuk membantu Lewis Hamilton merebut kembali gelaran juara dunia musim hadapan.

Prinsipal pasukan, Toto Wolff berkata perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi di Litas Yas Marina yang mengecewakan sudah pasti membuatkan mereka ingin membuktikan mengapa Hamilton merupakan pemandu terbaik di planet ini.  

“Kami akan menyediakan Lewis dengan enjin F1 dengan kuasa yang menakjubkan dan sukar dibayangkan  dan kami memiliki motivasi utama  untuk menunjukkan kepada setiap orang bahawa dialah pemandu yang terbaik di planet ini.

''Beliau yang terbaik pada 2021 dan akan muncul terbaik dalam 2022. Beliau akan membuktikannya kepada dunia,” katanya dalam satu sidang akhbar maya dengan pengamal media Malaysia, semalam.   

Ahad lepas, Hamilton tewas kepada Max Verstappen pemandu Red Bull dari Belanda yang memotong beliau di lap terakhir berikutan perubahan tiba-tiba ke atas prosedur kereta keselamatan yang membenarkan perlumbaan bersambung semula.

Dalam satu musim yang paling mempersonakan dalam sejarah F1, Hamilton mendahului dengan selesa sehingga tempoh kereta keselamatan yang lewat memadamkan pendahuluannya dan membenarkan Verstappen ke pit untuk menukar tayar jenteranya kepada tayar kompaun lembut.

Pengakhiran perlumbaan di Abu Dhabi yang dramatik menghancurkan impian pelumba British berusia 36 tahun itu untuk merangkul kejuaraan dunia ketujuhnya, semenjak kemenangan sulungnya pada 2008. 

Mengulas mengenai musim 2021, Toto menggambarkannya sebagai “gila” berikutan beberapa masalah seperti permulaan yang buruk yang dialami mereka pada peringkat awal musim sebelum penyudah dramatik di Emiriah Arab Bersatu yang menyaksikan kejuaraan yang hampir menjadi milik Lewis dirampas.  

Toto mengakui mereka tidak memiliki kelebihan pada separuh pertama musim ini termasuk perubahan peraturan sebelum mereka mula mendapat momentum dan seterusnya berjaya mempertahankan gelaran Juara Pengeluar untuk lapan tahun berturut-turut.

“Ia merupakan musim yang gila kerana perubahan peraturan yang diperkenalkan sejak permulaan 2021 telah menjejaskan kami dengan ketara dan kami menghadapi permulaan yang lebih teruk daripada yang kami jangkakan.

Kami ketinggalan dari segi prestasi di setiap aspek seperti cas tidak cukup pantas, kuasa tidak cukup besar tetapi kami perlahan-lahan memperbaikinya dan pada akhirnya ia merupakan saat penentuan buat kami,” katanya.

Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas mengakhiri musim 2021 dengan 613.5 mata untuk mengekalkan Kejuaraan Pengeluar sejak 2014. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Juara GP Arab Saudi, Kongsi Puncak Kejuaraan Dunia Bersama Verstappen

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Hamilton Menang Mudah Di GP Qatar, Potong Kelebihan Verstappen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan