web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Komanwel 2022: Angkat Berat Penyelamat Kem Negara Pada Hari Ketiga

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 9:47AM

Muhammad Erry Hidayat meraih pingat perak untuk negara selepas memungut mata keseluruhan 303kg - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Kem angkat berat muncul penyelamat pada hari ketiga Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila menghadiahkan sebutir pingat perak hari ini.

Ketika beberapa acara sukan seperti berbasikal dan renang yang menawarkan pingat gagal menjelmakan kilauan pingat, badang negara Muhammad Erry Hidayat menceriakan kontinjen negara selepas menduduki tempat kedua dalam kategori 73 kilogram (kg).

Acara angkat berat yang setakat ini menyumbangkan dua emas dan satu perak, diharap dapat terus menuai pingat buat Malaysia apabila Mohamad Nasir Roslan akan turun bersaing dalam kategori 81kg,(1 Ogos).

Malaysia juga berpeluang menambah koleksi pingat esok apabila skuad ping pong wanita negara menempah slot ke final selepas berjaya mengatasi Wales 3-2 di peringkat separuh akhir hari ini.

Skuad kebangsaan di jadual bertemu Singapura di pentas final acara berpasukan, sekali gus menyaksikan ulangan perlawanan akhir edisi di Glasgow, lapan tahun lepas. Singapura mengecewakan Malaysia 3-0 pada final Sukan Komanwel 2014.

Saingan hari keempat esok juga bakal menyaksikan pasukan badminton campuran negara akan membuat perhitungan bertemu pasukan tuan rumah, England di separuh akhir dan mengikut rekod Malaysia tidak pernah gagal ke final sejak edisi 2006 di Melbourne.

Tumpuan juga bakal terarah kepada aksi atlet boling padang berpengalaman negara, Siti Zalina Ahmad, yang akan berdepan pemain Guernsey, Lucy Beere di peringkat separuh akhir acara singles wanita, pagi esok.

Jika Siti Zalina, 43, berjaya mengatasi cabaran Beere, pentas final akan berlangsung pada pukul 4.30 petang waktu tempatan atau 11.30 malam waktu Malaysia.

Malaysia turut mempunyai dua wakil dalam saingan suku akhir acara skuasy melibatkan pertemuan antara Rachel Arnold berdepan pemain England, Georgina Kennedy dalam perseorangan wanita, serta Ng Eain Yow berdepan Joel Makin dari Wales dalam kategori perseorangan lelaki.

Selepas berakhir hari ketiga temasya, Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan kutipan dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Australia mengungguli kedudukan carta pungutan pingat dengan 22 emas, 13 perak dan 17 gangsa, diikuti England 11-16-7 dan New Zealand di tempat ketiga dengan 10-5-4. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Maut, 6 Cedera Nahas 2 Kereta

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa 17 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 12 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran