web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MSN Siasat Dakwaan Salah Laku Seksual Jurulatih Para Renang

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 8:16AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil tindakan tegas, termasuk penamatan kontrak dengan serta merta terhadap jurulatih yang didapati bersalah terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN.

MSN dalam kenyataan semalam, memaklumkan Jawatankuasa Salah Laku Dalam Sukan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan salah laku seksual seorang jurulatih para renang terhadap atlet di bawah jagaannya yang dilaporkan media masa baru-baru ini.

"Dakwaan salah laku itu diterima MSN pada minggu lalu dan jawatankuasa telah memulakan siasatan dengan segera termasuk menemubual pihak-pihak yang berkaitan.

"Kerjasama penuh juga diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuka kertas siasatan, termasuk mencari cara tindakan yang mesra dan melindungi privasi atlet terlibat," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MSN turut memohon kerjasama pihak media dan masyarakat umum supaya tidak mencetuskan sebarang spekulasi mahupun maklumat tidak tepat bagi menjaga kebajikan atlet, selain mengelak daripada persepsi negatif yang mampu menjejaskan proses siasatan.

MSN juga menegaskan tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu ini.

"MSN menolak dakwaan bahawa MSN cuba menutup atau tidak mengendahkan laporan yang pernah dibuat adalah tidak berasas sama sekali.

"MSN menjulang dan menguatkuasakan semua peraturan dalam Kod Sukan Selamat dan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran selamat kepada semua atlet yang mengikuti program latihan kendalian MSN," menurut MSN.

Hari ini, sebuah media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan seorang jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual keatas seorang atlet para bawah umur.

Menurut laporan itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara itu daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA) minggu lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Tiada Tolak Ansur Terhadap Kesalahan Seksual - KPM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Bersedia Penuhi Permintaan Zii Jia Untuk Sukan Komanwel - Shapawi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peja Beri Janji Kosong, Atlet Kebangsaan Ibarat ‘Alat Pakai Buang’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan