web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 12:19PM

gambar FB MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub komited menabur bakti dengan memberi penekanan kepada tata kelola baik untuk terus 'mengangkat' badan induk itu maju pada masa hadapan.

Abdul Rashid, 60, yang kekal menerajui MSN hingga April tahun depan berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.

Beliau turut memaklumkan perubahan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan penyaluran peruntukan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan untuk melaksanakan program pembangunan seperti podium, pelapis kebangsaan dan sebagainya antara yang menjadi keutamaan.

"Sebenarnya akta MSN ini agak lama tahun 1971, dah lebih kurang 50 tahun. Jadi kita perlu pinda supaya peruntukan dalam akta itu lebih semasa kerana peruntukan itu mungkin ada sebahagiannya agak sedikit ketinggalan.

"Contohnya, semua maklum kita melibatkan diri dengan atlet para bermula 2007-2008 yang lalu jadi lebih baharu. Jadi perlu melihat kembali kita dapat merangkumi semua pihak berkepentingan tentang perkara ini," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Sukan di MSN Bukit Jalil di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim.

Beliau tidak menolak pelantikannya semula adalah bagi memastikan kelancaran usaha dilakukan semua pihak, terutamanya dengan kehadiran dua temasya besar tahun ini iaitu Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik Paris 2024.

"...daripada tahun dulu kita dah bersedia cuma persiapan akhir ini sangat penting. Banyak persiapan dah dibuat, mungkin sebahagiannya belum sampai peringkat maksimum tapi kita menuju ke arah tersebut.

"Yang penting kita dapat menyediakan atlet dan jurulatih dalam situasi terbaik untuk memberi cabaran di peringkat tertinggi di dunia. Dan kita mengharapkan pencapaian terbaik dan kalau ada rezeki, insya-Allah mungkin kita dapatlah pingat emas itu," katanya.

Abdul Rashid mula mengemudi MSN pada 1 November lalu dan bersara wajib pada 1 April tahun ini, namun kembali ditawarkan kontrak baharu bermula Khamis lalu hingga April tahun depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

MSN Siasat Dakwaan Salah Laku Seksual Jurulatih Para Renang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mohd Amran Dilantik Ketua Pengarah JKSM

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Zubaidah Dilantik KP Baharu Istana Budaya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aspek Pencegahan, Penguatkuasaan Perlu Diterap Banteras Rasuah 5 Tahun Akan Datang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan