web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohd Amran Dilantik Ketua Pengarah JKSM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:44AM

Mohd Amran Mat Zain (tengah) - Gambar Facebook JKSM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Mohd Amran Mat Zain dilantik Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata Mohd Amran mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah apabila mula menyertai perkhidmatan awam sejak 1994.

"Berpandukan kepada pengalaman luas serta kelayakan dimiliki, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin dengan kewibawaan beliau untuk menerajui JKSM dalam usaha meneruskan kecemerlangan jabatan," katanya.

Mohd Amran memulakan tugas sebagai Pegawai Syariah di Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan, selain pernah bertugas sebagai Pendaftar di JKSM dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Sebelum ini beliau juga diberikan amanah sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mohd Amran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang LLM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain turut memiliki Diploma Lepasan Ijazah (Pentadbiran  dan Perundangan Islam), UIAM. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan