web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 12:26PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini kerana di Malaysia hanya terdapat dua pihak yang mampu mengeluarkan visa haji iaitu Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

"Tidak ada badan-badan atau agensi malah badan bukan kerajaan (NGO) lain yang boleh keluarkan visa haji.

"Ini penting untuk dimaklumkan kerana kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang betul-betul ingin menunaikan haji ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sarawak di sini, hari ini.

Majlis yang meraikan 142 orang bakal haji itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Jaafar.

Sementara itu Mohd Na'im berharap rakyat Malaysia tidak menggunakan visa pelancongan atau umrah untuk menunaikan ibadah haji.

"Kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang ini (tiada visa haji) termasuk dikenakan denda SAR10,000. Mereka juga akan ditahan sementara dan dihantar pulang ke negara asal," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 11 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Politik 18 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri