web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jun 2024 9:54AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 300,000 jemaah dilarang memasuki Makkah tahun ini oleh kerajaan Arab Saudi kerana tidak memiliki permit yang sah untuk menunaikan ibadah itu.

Agensi Berita Saudi melaporkan, jumlah tersebut mencakupi 153,998 individu yang tiba dengan visa pelancong.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, 140 kempen haji palsu dah 64 operator telah ditahan sejak seminggu lalu kerana melanggar arahan dan peraturan haji tahun ini.

Jelas jurucakap kementerian, 97,664 kenderaan membawa jemaah tanpa permit yang sah turut diarah meninggalkan Makkah.

Seperti tahun-tahun sebelum, pengurusan jemaah menjadi perkara terpenting buat kerajaan Arab Saudi.

Statistik rasmi mendedahkan, lebih daripada 1.8 juta umat Islam menunaikan haji tahun lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan sedang menyempurnakan persiapan saat akhir sebagai tuan rumah kepada lebih 1.5 juta umat Islam yang akan menunaikan haji minggu ini.

Antara usaha yang diambil termasuk membina jalan baharu menggunakan getah bagi melancarkan perjalanan memasuki tanah suci Makkah.

Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Arab Saudi, Saleh Nasser Al Jasser dipetik sebagai berkata, eksprimen yang dilakukan mendapati permukaan jalan dan kaki lima yang keras mendatangkan ketidakselesaan kepada kaki jemaah, khususnya warga emas.

“Sebanyak 53 peratus jemaah terdiri daripada warga emas dan kita mahu memudahkan pergerakan mereka.

“Dengan adanya jalan baharu ini, jemaah boleh berjalan dengan lebih selesa menuju ke Padang Arafah,” katanya.

Beliau memberitahu, teknologi digunakan itu diyakini mampu mengurangkan kesakitan pada bahagian tumit dan kaki.

“Ia berupaya membuatkan jemaah lebih selesa, sekali gus memastikan tahap kesihatan mereka lebih baik untuk menyempurnakan ibadah haji,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2024

 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka