web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 7:49PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dibuat Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham adalah tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam. 

Katanya, perkara dasar termasuk isu-isu dasar perundangan dan kehakiman syariah melibatkan urusan umat Islam akan dirujuk MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selain merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri.

“Oleh yang demikian, semua pihak adalah diseru supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang kegelisahan awam. Semua pihak perlu memberikan sepenuh keyakinan serta ruang kepada Jawatankuasa Khas untuk menjalankan peranannya dengan penuh profesional dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil kajian, pandangan dan syor yang dicadangkan jawatankuasa khas itu akan dibentangkan dalam MKI serta Majlis Raja-Raja, dan menurutnya mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu telah berlangsung pada 5 Disember lalu.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, wakil Majlis Agama Islam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Mahkamah Syariah, ahli akademik dan pengamal undang-undang. 

Mohd Na'im berkata, kesemua anggota yang dilantik dalam jawatankuasa khas itu masing-masing mempunyai kepakaran dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sivil dan undang-undang Syariah dan berkelayakan untuk membuat kajian, memberikan pandangan dan sumbang saran.

“Ini bagi memastikan jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni dapat dibuat bagi menyelesaikan semua isu yang berbangkit dalam perkara ini demi memartabatkan dan memperkasa perundangan Syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini.

“Anggota Jawatankuasa Khas yang telah dilantik pada masa ini untuk menjalankan tanggungjawab ini adalah memadai mengambil kira bidang kepakaran masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata, jawatankuasa khas itu ditubuhkan untuk mengkaji isu-isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

50 Tan Barangan Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Palestin Jumaat Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah