web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


50 Tan Barangan Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Palestin Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 8:16PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kiri) melihat barangan pada penyampaian sumbangan dan lawatan ke pusat pengumpulan barangan bantuan Kemanusiaan Palestin di Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Bandar Serenia hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kira-kira 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta yang disumbangkan pelbagai pihak menerusi Ops Ihsan akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, antara barangan bantuan yang akan dihantar melalui Mesir untuk ke Palestin adalah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.

Beliau berkata, bantuan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Global Peace Misson (GPM) Malaysia, yang kini sedang menunggu kebenaran kerajaan Mesir untuk menghantar sumbangan itu melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.

“Insya-Allah, apabila sampai di pintu sempadan Rafah, ia akan diselaraskan oleh NGO yang ada di sana untuk pastikan bantuan ini sampai kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya kepada media selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Palestin di gudang MAPIM di sini hari ini.

Pada sesi lawatan tersebut, Mohd Na’im turut menyerahkan sumbangan RM100,000 daripada Lembaga Tabung Haji kepada MAPIM bagi pembelian bekalan perubatan untuk rakyat Palestin.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mengambil kesempatan atas konflik pertempuran berkenaan untuk menjalankan kutipan sumbangan.

“Saya beri peringatan ini sebab Allah SWT telah larang, jangan ambil harta orang lain secara batil (palsu). Jangan manipulasi kesusahan orang lain dan ambil peluang untuk buat apa-apa kutipan amal, tetapi guna dana untuk diri sendiri,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka