web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aspek Pencegahan, Penguatkuasaan Perlu Diterap Banteras Rasuah 5 Tahun Akan Datang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:10AM

Azam Baki berkata, SPRM harus memainkan peranan dalam pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan agar tindakannya lebih efektif. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan adalah antara fokus berimpak tinggi perlu ditekankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya sentiasa proaktif bagi membanteras rasuah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata sesiapa yang menerajui SPRM selepas ini, haruslah melihat kepada perkara melibatkan kemudaratan kepada masyarakat yang mampu memberi impak daripada pelbagai aspek, seperti ekonomi dan sosiobudaya.

“SPRM harus memainkan peranan dalam pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan agar tindakannya lebih efektif. Kalau dalam penguatkuasaan, teknik sedia ada ini perlu ditambah baik atau perlu diubah. 

“Skala dan pengetahuan pegawai perlu dipertingkatkan. Kita tidak boleh ketinggalan dałam teknologi, pembangunan atau modus operandi dibuat penjenayah,” katanya dalam temu bual sempena Hari Ulang Tahun SPRM ke-55 hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara perlu dilihat bagi menjadikan SPRM terus digeruni dan badan pencegah rasuah disegani di dunia, seiring zaman agar tidak dilabel sebagai lapuk atau dimamah usia.

Azam berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, bakal berlaku perubahan dari segi teknologi yang juga menyaksikan kes rasuah semakin canggih.

“Malah sekarang ini pun pembayaran rasuah berlaku dalam bentuk mata wang kripto. Sukar dikesan...saya akui, SPRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) masih mencari jalan penyelesaian cara nak kesan pembayaran wang dalam bentuk alam maya ini.

“Selaras dengan perubahan itu, aktiviti pencegahan pun tidak boleh ditakuk lama. Kita perlu lihat kepada bagaimana sistem tadbir urus yang ada sekarang agar releven dengan perubahan masa dan teknologi,” katanya.

Mengulas mengenai silibus antirasuah dalam pendidikan, Azam berkata silibus berkenaan dalam buku teks mungkin tidak sesuai dalam tempoh lima tahun akan datang dan perlu dikemas kini dalam membentuk sahsiah masyarakat yang menolak dan bencikan rasuah.

“Sekarang mungkin ia relevan. Akan datang, dengan perubahan minda rakyat, teknologi dan sebagainya, kita semua pun akan berfikiran lain, generasi Y berfikiran lain. Maka kita perlu bersatu bersama mereka.

“Sebab itu ada satu ayat yang saya selalu kata, kita kena selalu muda, ikut zaman. Saya mungkin 59 (tahun) tapi saya harus muda dengan ikut orang muda.  Apa orang muda fikir, saya juga kena fikirlah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan agar Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu mempunyai kuasa untuk melakukan pendakwaan, Azam berkata peranan itu tidak perlu dan bidang kuasa sedia ada sudah memadai.

“Baru-baru ini keluar satu artikel mengatakan KP SPRM perlu mempunyai kuasa untuk mendakwa. Pendapat peribadi saya kekal (kuasa sedia ada) dan tidak sepatutnya mempunyai kuasa itu (mendakwa).

“Tugas kami adalah untuk menyiasat dan membawa kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka akan membuat keputusan. Mereka akan mendakwa di mahkamah dan biarkan hakim membuat keputusan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad