web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 3:31PM

gambar X Aziziulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyatakan hasratnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya setiap negeri di Malaysia mempunyai velodrom asas seperti Velodrom Brunswick di Australia.

Mohd Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu berkata, velodrom yang dibina pada tahun 1956 itu masih utuh sehingga hari ini dan menjadi fasiliti pelbagai guna yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.'

"... kami pergi melawat Brunswick Velodrome iaitu velodrom asas terbuka yang juga menjadi tempat latihan saya pada waktu tertentu.

Saya sempat menyatakan impian saya kepada YB Hannah Yeoh @hannahyeoh untuk mempunyai velodrom asas seperti ini di setiap negeri di Malaysia suatu hari nanti," katanya menerusi laman X hari ini.

Mohd Azizulhasni turut menghargai kesudian Hannah Yeoh melawat kemudahan latihannya iaitu Pusat Sukan Antarabangsa Darebin (DISC), Melbourne di Australia, walaupun sibuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan tanpa berbelah bahagi dalam persiapannya ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

"Kami mengambil peluang untuk berbincang tentang keadaan semasa dan juga persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 10 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 3 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai