web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 8:51PM

Azizulhasni Awang percaya keadaan daya ketahanan mentalnya meningkat dengan ketara selepas mengharungi detik yang mencabar dalam kerjayanya.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yakin daya ketahanan mentalnya jauh lebih kuat berbanding sebelum ini ketika bersiap sedia menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

Walaupun terdapat keraguan oleh beberapa pihak selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada tahun 2022, beliau percaya keadaan daya ketahanan mentalnya meningkat dengan ketara selepas mengharungi detik yang mencabar dalam kerjayanya.

Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.

"Kekuatan mental sudah mantap sebelum ini tetapi selepas mengharungi proses (pembedahan jantung), ia bertambah lebih mantap.

"Jika anda mempunyai minda dan badan yang kuat...sebarang kesukaran atau cabaran yang menghadapi saya sekarang bukanlah apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pelancaran menu bertemakan Olimpik di restoran Jepun terkenal Nobu di sini hari ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 36 tahun itu menjalani pembedahan jantung terbuka susulan mengalami masalah gantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari arota di posisi janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond di Melbourne, Australia pada April 2022.

Azizulhasni mengakui sangat terkejut dengan prestasinya pada pertandingan semasa kerana pada mulanya menjangkakan penurunan prestasi apabila mencapai usia pertengahan 30-an.

"Semasa latihan di gimnasium, saya masih berasa kuat. Kami mempunyai data yang boleh menjejaki segala-galanya, termasuk kuasa dan kelajuan saya dan jurulatih (John Beasley) juga terkejut (hasilnya)," katanya.

Pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin berkata sistem sokongan kuat daripada keluarga, pasukan dan rakyat Malaysia adalah sebab mengekalkannya dan menjadikannya lebih kuat apabila bersaing di trek.

Beliau juga berkongsi bahawa Pengarah Sukan Kardiovaskular dan Kecergasan merangkap Pakar Perunding Kanan Bedah Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant

Dillon akan mengiringinya ke Paris bagi memantu kesihatanyanya sepanjang Sukan Olimp[ik 2024.

"Dr Jeffrey Jeswant akan bersiap sedia di Paris. la sangat penting bagi saya untuk berasa selesa dan selamat jika berlaku apa-apa perkara," kata juara dunia keirin 2017 itu.

Dr Jeffrey, yang bekerjasama dengan pakar bedah Australia, Dr Aubrey Almeida, memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa Azizulhasni semasa pembedahan jantung terbuka di Melbourne.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 10 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan