web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 5:21PM

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terlepas peluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain ranking ke-18 dunia itu masih belum bersedia meneruskan latihan dan pertandingan peringkat tinggi kerana berisiko memburukkan lagi kecederaan belakangnya.

Justeru, BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pakar bedah, ahli fisioterapi, jurulatih dan Tze Yong sendiri telah bersetuju pemain berusia 23 tahun itu belum bersedia secara fizikal untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China pada 9 hingga 14 April ini.

Meskipun kecewa kerana terpaksa melepaskan BAC, Tze Yong dalam kenyataan sama berkata, keutamaan pada masa ini adalah kesihatan dan pemulihannya.

"Saya amat berterima kasih atas sokongan pasukan perubatan dan jurulatih, saya akan memberi tumpuan kepada pemulihan saya untuk kembali lebih kuat. Saya harap dapat kembali ke gelanggang secepat mungkin dan menyumbang kepada pasukan," katanya.

Pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 itu dijadualkan memulakan kempen BAC 2024 menentang pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pemain kelahiran Johor berkenaan telah memulakan latihan ringan, namun belum meneruskan latihan berintensiti tinggi termasuk lompatan.

"Keutamaan kita kepada kesihatan dan kesejahteraan pemain. Pemulihan Tze Yong dan keadaan keseluruhannya menjadi perhatian utama kita.

"Kita pantau dengan teliti kemajuan dan keadaannya dalam beberapa minggu akan datang. Tze Yong mempunyai masa depan yang cerah, jadi amat penting untuk fokus kepada pemulihan sepenuhnya," katanya.

Meskipun terlepas peluang ke Olimpik Paris 2024, Rexy percaya Tze Yong yang masih muda mempunyai peluang untuk bersaing di kejohanan itu pada masa depan.

Pada Selasa lalu, Rexy dilapor berkata, Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik sekiranya berjaya menjuarai BAC 2024.

Tze Yong telah terkeluar daripada senarai kedudukan 16 pemain teratas dalam Race to Paris menjelang tarikh akhir kelayakan pada 28 April ini.

Pemain profesional, Lee Zii Jia berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi buat kali kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020 apabila menduduki tangga ke-10 dalam carta Race to Paris dengan memungut 68,296 mata.

Sesebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil bagi acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dalam ranking Race to Paris.

Dalam pada itu, Rexy berkata, Tze Yong mungkin dipertimbangkan menyertai skuad Piala Thomas 2024 yang akan berlangsung dari 27 April hingga 5 Mei di Chengdu, China, bergantung kepada keadaannya dalam beberapa minggu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri