web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mohamad Aniq Perbaharui Rekod Kebangsaan, Raih Tonik Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Dec 2023 7:41PM

Aksi atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 55kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan dalam Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Qatar semalam, meniup semangat atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan mengorak langkah lebih jauh bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mohamad Aniq yang beraksi dalam Kumpulan C kategori 61 kilogram (kg), menampilkan prestasi terbaik apabila melakukan angkatan 126kg dalam ‘snatch’ sebelum mengukuhkan kedudukan menyempurnakan angkatan 170kg bagi ‘clean and jerk’ sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Lebih manis, ia adalah rekod baharu mengatasi rekod kebangsaan 291kg miliknya sendiri, semasa memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lalu.

“Di pihak PABM (Persekutuan Angkat Berat Malaysia), kita sangat berbangga dengan pencapaian agresif ini. Kita sedang memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik, jadi catatan 296kg itu mengukuhkan lagi kedudukan beliau.

“Kita harap sebelum berakhir kelayakan Sukan Olimpik pada April, Aniq dapat terus konsisten,” kata Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim ketika dihubungi.

Kejohanan disertai atlet berusia 21 tahun itu, adalah platform meraih kutipan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

Pada masa ini, Mohamad Aniq menghuni ranking ke-10 dunia dan penyertaan pada Sukan Olimpik dihadkan kepada 10 atlet terbaik dunia sahaja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohamad Aniq Bawa Pulang 2 Pingat Dari Qatar

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Sukan 19 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia