Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 9:45AM

Aksi pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia ketika menentang pemain Algeria Adel Hamek dalam saingan Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone. Keputusan perlawanan, Lee Zii Jia menang dengan 21-8, 21-6. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Malaysia seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini, semalam.

Bagi perlawanan hari ini, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.

Aksi pemain perseorangan lelaki negara Cheam June Wei ketika menentang pemain Algeria, Youcef Sabri Medel dalam saingan Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone. Keputusan perlawanan Cheam June Wei menang dengan 21-9, 21-14.

Perseorangan kedua Leong Jun Hao serta dua beregu – Aaron Chia dan Goh Szei Fei – direhatkan manakala ketua pasukan Soh Wooi Yik berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu kedua hari itu.

Bagaimanapun, percaturan pemain tidak mmengundang sebarang masalah dengan kemenangan mudah.

Pemain perseorangan utama Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 sebelum perseorangan kedua, June Wei turut mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Aksi beregu lelaki negara Choong Hon Jian (kanan) dan Muhammad Haikal (kiri) ketika menentang beregu Algeria Sifeddine Larbaoui dan Mohamed Abdelaziz Ouchefoun dalam saingan Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone. Keputusan perlawanan Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal menang dengan 21-8, 21-3.

Zii Jia berkata, aksi itu dianggap sebagai pemanas badan menjelang pertemuan terakhir kumpulan menentang juara 2016 Denmark, Rabu ini untuk menentukan juara kumpulan.

“Memandangkan esok adalah hari rehat, saya minta supaya diturunkan dalam perlawanan hari ini supaya ia boleh dijadikan sebagai persediaan ketika berdepan Denmark,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Momentum skuad negara diteruskan apabila beregu Choon Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri hanya memerlukan masa 17 minit  untuk menyumbang mata ketiga negara dengan menyingkirkan gandingan Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchfoun 21-8, 21-3.

Aksi pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh ketika menentang pemain Algeria Mohamed Abderrahime Belardi dalam saingan Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone. Keputusan perlawanan Justin Hoh menang dengan 21-10, 21-14.

Perseorangan ketiga negara Justin Hoh menghadiahkan mata keempat pasukan selepas menewaskan Mohamed Abderrahim Belarbi, 21-10, 21-14 manakala Nur Izzuddin-Wooi Yik memerlukan masa 25 minit untuk memuktamadkan kemenangan 5-0 dengan mengatasi Koceila Mammeri-Youcef Sabri 21-13, 21-9.

Wooi Yik berkata beliau gembira untuk memimpin pasukan negara ke pusingan lapan terakhir manakala Nur Izzuddin benar-benar seronok untuk kembali berganding semula dengan Wooi Yik selepas kali terakhir pada edisi 2020.

Semalam, Malaysia membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong manakala Denmark turut mengatasi Algeria dengan keputusan sama.

Hari ini Denmark menewaskan Hong Kong 5-0. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Politik 21 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 6 jam yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Minta Maaf Tapi Pendirian ‘Neutral’, Zus Terus Terima Kecaman

oleh Sophia Ahmad