Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Pereka Fesyen Paling ‘Panas’ Di #KLFW2021

Seputar Kuala Lumpur Fashion Week 2021, masih bernafas walau COVID-19 membadai!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 4:00PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejujurnya, Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (#KLFW2021) edisi tahun ini berlangsung dengan sederhana berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin kerana harus mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat dek COVID-19.

Kerusi-kerusi penonton dijarakkan satu meter antara satu sama lain. Pentas peragaan konvensional yang biasa kita lihat memanjang di tengah-tengah pentas juga diubah menjadi pentas peragaan keliling pentas.

Agak canggung awalnya semasa menghadiri hari pertama #KLFW2021.

Berbeza dengan sebelum ini, jumlah penonton dihadkan, kami sebagai media hanya diberikan satu kerusi sahaja. Jurugambar seperti biasa ditempatkan di titik-titik fokus di sekeliling majlis. 

Tak mengapa, kami faham kerana penganjur harus mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Inilah kehidupan norma baharu yang harus kita semua akur dan turuti. 

Namun atas semua faktor yang berlainan tahun ini, #KLFW2021 tetap berlangsung meriah. Semua kerusi dipenuhi penonton dan tetamu kehormat.

Setiap aras di Pavilion KL turut dipenuhi dengan pengunjung yang mengambil peluang mencuci mata sepanjang persembahan berjalan.

 

Masih bernyawa! #KLFW2021 bangkit melawan! 

Persada fesyen negara tampaknya masih mampu bersinar di balik awan kelam COVID-19. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tak hanya pentas fesyen yang satu ini, banyak lagi pertunjukan fesyen yang lain turut berlangsung sepanjang November ini.

Apa yang pasti, pada pasca pandemik ini fesyen belum lagi bersedia untuk ‘mati’! 

Baiklah, tanpa membuang masa kami tampilkan tiga pereka fesyen paling menarik perhatian (tanpa turutan) di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, seperti di bawah:

 

Behati

Wow! Pertama kali 'Voguing' ditarikan di atas pentas peragaan #KLFW2021!

Terpesona. Semua mata penonton petang itu terkesima dan kagum melihat aksi pembukaan seorang peragawan dengan baju Melayu oversized bercorak songket hitam dan banarasi putih yang dicantum satu persatu menjadi corak dam untuk koleksi Behati Adibusana Musim Luruh 2021.

Pertunjukan diiringi dengan lagu latar bertajuk ‘Demam Cinta’, dendangan dan nukilan sang pereka fesyen sendiri, Kel Wen. Pentas dihiasi dengan busana-busana avant-garde yang memadukan fabrik tradisional dari pelbagai bangsa di Malaysia.

Kel Wen
Kel Wen

Behati sememangnya berani bermain elemen-elemen tradisional. Lalu menciptanya pula menjadi satu sepersalinan baru. Mencarik-carik kain, menjadi busana yang melambangkan identiti Malaysia. Bercampur-baur budaya Malaysia dalam satu jahitan harmoni.

Dengan tema ‘berbilang kaum’, kombinasi ini mewakili gaya hidup masyarakat Malaysia dengan membawa warisan dan tradisi fesyen kita ke masa hadapan. Category is multiracial!

Instagram: BEHATI

 

Alia Bastamam

“Bila saya fikir tentang Cascade, saya fikir tentang bentuk badan wanita,” ucap Alia Bastamam tentang koleksi terbarunya, Cascade Resort 2022 Collection ini.

Cascade adalah aliran gaya penerus sejak menubuhkan jenamanya ini pada 10 tahun lalu untuk penampilan koleksi pertamanya, Resort 2001. Alia Bastamam telah mengasah estetika yang sinonim dengan stail jenamanya. 

Alia Bastamam
Alia Bastamam

Satu gaya yang berpaksikan konsep santai yang tidak hanya memancarkan nilai eksotik, malah keghairahan dan keyakinan yang feminin. Inilah evolusi siluet Alia selama 10 tahun dalam pembikinan.

Cascade membawa anda menemui perasaan yang mendambakan hembusan angin di pulau-pulau percutian atau sesi makan malam intim bersama yang tersayang. Sepersalinan koleksi ini membuat anda merasa seksi dan sensual, sambil menari-nari di tepian pantai.

Dicumbu sinaran mentari, dengan sepersalinan Cascade Resort 2022 yang santai, seksi dan selesa, membuatkan sesi percutianmu lebih ‘hangat’ daripada biasa!

Instagram: Alia Bastamam

 

RizmanRuzaini

Seperti biasa, busana-busana ciptaan pereka fesyen duo terkenal ini masih membekas di pentas #KLFW2021.

Mengasah taring fesyennya, RizmanRuzaini mempersembahkan tiga koleksi untuk #KFW2021 tahun ini. Koleksi pertama, RizmanRuzaini x Samsung yang merupakan koleksi kolaborasi bersama Samsung selaku antara penaja utama.

Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil
Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil

Koleksi kedua adalah Koleksi Musim Panas/Luruh 2022 untuk lelaki dan wanita. Koleksi ini didominasi dengan warna hitam dan putih yang sinonim dengan jenama yang satu ini.

Koleksi terakhir, koleksi RR Red yang diperbuat sepenuhnya dalam rona merah menggoda. Koleksi sedia-pakai luxe ini disasarkan untuk pasaran antarabangsa. 

Istimewanya, koleksi RR Red digayakan oleh lima peragawati senior tanah air seperti Tengku Azura, Deborah Henry, Nasha Aziz, Amber Chia dan Hartini Yasin. 

Instagram: @RizmanRuzaini  - Getaran, 20 November 2021

Gambar: Sadiq Asyraf & Sairien Nafis

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

3

Gaya 6 hari yang lalu

Cara Terbaik Untuk Simpan Kasut Agar Tidak Mudah Rosak

4

Gaya 6 hari yang lalu

Hadiah Untuk Ratu Hati Sempena Sambutan Hari Ibu

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik