web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sajian Menarik Di Kuala Lumpur Menjelang Ramadan

Kita singkap aneka sajian sempena iftar atau acara berbuka puasa untuk bulan Ramadan yang bakal tiba anjuran beberapa restoran sekitar pusat kota.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 5:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa disedari waktu begitu cepat berlalu. Sekitar tiga minggu sahaja lagi, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Semestinya bulan untuk menunaikan ibadah puasa buat para Muslim ini ditunggu ramai.

Selain dapat beribadah bersama, acara berbuka puasa dengan rakan taulan dan sanak-saudara merupakan antara detik yang paling ditunggu-tunggu.

Apatah lagi sajian yang bakal dinikmati. 

Semua orang mempunyai sajian kegemaran untuk berbuka puasa dan aneka restoran serta tempat makan berlumba-lumba menghidangkan yang terbaik.

Minggu ini kami senaraikan beberapa menu menarik yang ditawarkan oleh beberapa tempat makan dan restoran terkemuka sekitar pusat kota.

 

‘Aneka Selera Desa’ di Restoran Riverside World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur

Pada tahun ini, Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, kembali mengundang pengunjung untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet dengan lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan ‘Aneka Selera Desa’.

Bufet Ramadan ‘Aneka Selera Desa’ akan dianjurkan di Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula dari 5 April 2022 hingga 29 April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. 

Bufet ini berharga RM128.00 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7 - 12 tahun) dan warga emas berharga RM75.00 seorang.

Tawaran istimewa sepanjang bulan yang mulia ini termasuklah tawaran baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside. 

Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM108.00 seorang bermula 2 Mac 2022 hingga 4 April 2022. Semua baucar yang dibeli adalah sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.

Antara sajian menarik mereka termasuk daging kambing goreng berempah, sup daging serta masak asam daging dan ayam mereka.

 

Bufet Makan Malam ‘Juadah Selera Kita’ di Restoran Trace, Element Kuala Lumpur 

Berlatarbelakangkan Menara Berkembar KLCC dan susunan pencakar langit, Restoran Trace di hotel Element Kuala Lumpur mempertaruhkan menu bertema ‘Juadah Selera Kita’ yang menampilkan aneka hidangan lazat.

Dengan harga RM 148.00 untuk seorang dewasa dan RM 74.00 untuk kanak-kanak, promosi ini akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam dari 8 hingga 29  April 2022. Para pengunjung juga boleh menikmati harga istimewa awal iaitu RM 108 sepanjang bulan Mac 2022.

Malah juadah ini juga boleh dipesan hantar ke rumah di bawah menu ‘Juadah Berbuka Di Rumah’ bermula dari RM 88, RM 108 serta RM 128 untuk dua hingga tiga orang dewasa. Semua pesanan perlu dilakukan 48 jam lebih awal untuk persiapan.

Antara hidangan istimewa di sini adalah puding gula hangus, pengat pisang, yong tau foo, masak lemak cili api berisi daging itik ala claypot dan banyak lagi.

 

Aneka Pilihan di ‘The Westin Bazaar’ 

Mempertaruhkan konsep bazar besar-besaran, The Living Room di The Westin Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyajikan pelbagai makanan lazat dan menarik.

Selama 24 hari, dari 6 hingga 30 April 2022, bersama 20 cef, 380 sajian, 350 bahan ramuan dan perkhidmatan penuh senyuman, mereka menawarkan menu ini pada harga RM188 untuk dewasa dan RM94 untuk kanak-kanak. (Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh menikmati semua secara percuma).

Namun terdapat harga istimewa iaitu RM128 untuk dewasa dari 4 Mac hingga 5 April  2022. Malah mereka juga menawarkan bufet makan tengah hari Aidilfitri bermula 3 Mei 2022 pada harga RM138 untuk dewasa manakala RM69 buat kanak-kanak.

Antara sajian mesti cuba adalah pau goreng berinti sari telur masin, aneka pencuci mulut yang tersergam dalam sebuah bilik khas, nasi itik istimewa, stesen khas yang menawarkan pelbagai daging yang boleh dimasak menjadi gulai, masak asam, sambal dan banyak lagi.

 

‘Selera Rasa Senja’ di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Turut serta memeriahkan sajian bulan Ramadan ini adalah hotel Sheraton Imperial dengan hidangan bertema ‘Selera Rasa Senja’.

Bermula 6 April sehingga 2 Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam, mereka menyajikan menu istimewa ini pada harga RM198 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. 

Harga istimewa RM128 untuk dewasa juga tersedia buat tempahan dari 1 hingga 31 Mac 2022. 

Malah ada juga pilihan makan bersama #GatherTogether di mana harga menjadi RM150 seorang dewasa dengan tempahan minimum 50 orang di Nusantara Ballroom. 

Sajian khas mereka termasuk daging kambing panggang, Trio Siakap Senja, roti jala dengan serawa durian, teresek jantung pisang selain onde-onde pandan dengan gula Melaka.

 

‘Bazaar Malam W Kuala Lumpur’

Antara hotel mewah dengan imej yang agak ranggi di pusat bandar raya , W Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyertai kemeriahan Ramadan tahun ini. 

Dengan tema ‘Bazaar Malam’, mereka menampilkan aneka kelainan untuk pengunjung yang datang.

Ini termasuk roti John berinti udang karang (lobster), ais campur menggunakan ais buatan soya,  mousse jambu, panna cotta betik serta kek keju durian D24. 

Bermula 3 April hingga 2 Mei 2022 dari jam 6.30 petang, Bazaar ini boleh dinikmati pada harga RM238 untuk seorang dewasa, RM118 seorang untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan RM50 untuk kanak-kanak lima tahun ke bawah.

Nikmati juga diskaun 20% jika tempahan dibuat lebih awal sebelum 30 Mac 2022. - Getaran, 12 Mac 2022


Gambar: Ihsan setiap hotel




 

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap