web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Viu Malaysia, Reka Teemor Cari Pasangan Bertuah, Taja Pakej Majlis Perkahwinan Impian Bernilai RM350,000

Sertai peraduan mencari pasangan bertuah ini menerusi media sosial yang telah pun bermula dari 5 September sehingga 15 September ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar rakan-rakan atau keluarga anda bercerita tentang cabaran atau mimpi ngeri yang dihadapi ketika majlis perkahwinan mereka? Tahu sesiapa yang merancang majlis perkahwinan impian mereka, kemudian segalanya tidak kesampaian di saat-saat akhir?

Merancang perkahwinan sememangnya satu tempoh yang cukup memberi tekanan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tekanan yang dihadapi pasangan pengantin semakin besar disebabkan pelbagai faktor. 

Malah, ada sesetengah pasangan yang terpaksa membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka di saat-saat akhir.

Lantaran itu, Viu Malaysia dan Reka Teemor ingin menaja pakej perkahwinan bernilai RM350,000 untuk menjadikan perkahwinan impian anda satu kenyataan, tanpa perlu sebarang drama.

Syaratnya, anda mestilah sudah berkahwin, tetapi belum sempat menjalankan majlis resepsi perkahwinan anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkongsi kisah bagaimana rancangan perkahwinan anda menjadi tunggang-terbalik atau tidak dapat dilangsungkan, dan mengapa anda perlu mempunyai majlis resepsi perkahwinan impian.

Pasangan bertuah akan berpeluang bekerjasama dengan perancang perkahwinan terkemuka, Reka Teemor untuk merealisasikan perkahwinan impian anda.

Terletak di Lembah Klang, Reka Teemor mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam perniagaan pengurusan acara dan rekaan untuk perkahwinan. Malah ia terus meletakkan matlamat utamanya untuk menjadi antara perancang dan pereka majlis perkahwinan terbaik di Malaysia.

Peraduan ini berlangsung mulai 5 hingga 15 September 2022. Untuk menyertai Peraduan Kisah Ijab Kabut Ku, ikuti akaun rasmi Viu Malaysia di Instagram dan TikTok.

Kongsikan kisah cabaran yang anda hadapi sehingga tidak dapat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di akaun Instagram dan Tiktok anda, sama ada melalui gambar dengan kapsyen atau video.

Muat naik kisah anda di akaun Instagram atau TikTok anda dan tag @ViuMalaysia, dengan hashtag #KisahIjabKabutKu. Kemudian, isi borang peraduan di sini

Pemenang peraduan akan diumumkan pada pertengahan September 2022. – Getaran, 11 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia