web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shah Rukh Khan 'Bersuara' Selepas Wujudnya Desakan Untuk Memboikot Filem Terbaharunya, Pathaan 

''Usaha sedemikian melampirkan naratif kolektif, menjadikannya ia pecah belah serta merosakkan,'' kata Shah Rukh. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 11:07AM

Shah Rukh Khan dalam filem Pathaan . - Gambar dari Instagram Shah Rukh Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awalnya, sewaktu munculnya teaser pertama Pathaan menggandingkan Datuk Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone sebagai teraju utama, kemunculan filem itu cukup hangat diperkatakan. 

Namun, sebaik sahaja produsernya melancarkan lagu Pathaan yang pertama iaitu ‘Besharam Rang’, filem itu telah diserang dengan pelbagai kecaman yang hebat di alam maya. 

Bahkan, kempen kebencian dan usaha untuk memboikot filem itu juga sedang dilaksanakan pihak yang tertentu.  Selepas berdiam diri untuk seketika, akhirnya Shah Rukh bersuara mengenai isu boikot filem Pathaan. 

“Naratif kolektif zaman ini dibentuk oleh media sosial. Bertentangan dengan kepercayaan bahawa media sosial akan memberi kesan negatif kepada pawagam, saya percaya pawagam mempunyai peranan yang lebih penting untuk dimainkan sekarang.

“Media sosial sering didorong kesempitan pandangan tertentu yang membataskan sifat manusia kepada dirinya yang mementingkan diri.  

“Saya membaca di suatu tempat bahawa negativiti meningkatkan penggunaan media sosial dan dengan itu berupaya meningkatkan nilai komersialnya juga. Usaha sedemikian melampirkan naratif kolektif, menjadikannya ia pecah belah serta merosakkan,” katanya. 

Shah Rukh berkata demikian sewaktu menghadiri acara Festival Filem Antarabangsa Kolkata Ke-28 (KIFF 28) di Kolkata, semalam. 

Bintang Bollywood berusia 57 yang meraih gelaran King Khan ini bagaimanapun kelihatan cukup positif apabila berhadapan dengan kecaman filem Pathaan itu. 

“Kita tidak dapat bertemu untuk seketika waktu, tetapi dunia telah menjadi normal sekarang. Kita semua gembira dan saya yang paling gembira. Saya juga tidak ragu-ragu mengatakan, bahawa tidak kira apa yang dunia lakukan, saya dan anda, dan semua yang positif di dunia ini, masih hidup,” katanya. 

Aksi bikini sarong berwarna jingga Deepika Padukone telah mencetuskan kontroversi.
Aksi bikini sarong berwarna jingga Deepika Padukone telah mencetuskan kontroversi.

Shah Rukh membuat kenyataan tersebut selepas Menteri Perumahan Madhya Pradesh, Narottam Mishra daripada Parti Bharatiya Janata (BJP),  beberapa hari lalu telah mendakwa salah satu lagu di dalam Pathaan menonjolkan ‘pemikiran tercemar’ dan mengancam untuk menyekat tayangan filem itu di negerinya. 

Semuanya adalah disebabkan pemakaian bikini sarong berwarna jingga Deepika Padukone dalam lagu ‘Besharam Rang’ yang didakwa menyerupai warna saffron yang dianggap suci dalam agama Hindu. – Getaran, 17 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap