web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tawakal Dan Usaha Perlu Seiring

Tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:14PM

Tawakal yang sebenarnya itu bukan semata-mata berserah kepada Allah SWT tanpa usaha yang keras. Ia perlu berjalan seiringan bagi mendapatkan apa yang diimpikan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seringkali kita mendengar seseorang itu bertawakal atau berserah kepada Allah SWT apabila sedang menyelesaikan sesuatu masalah atau berhadapan dengan cabaran yang berat. Pastinya setiap manusia mengharapkan balasan yang positif selepas melaksanakan amalan tersebut.

Tawakal yang bermaksud menyerahkan urusan kepada pihak lain kerana kepercayaan penuh kepada yang diserahkan atau ketidakmampuan menangani sendiri ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan langkah tersebut.

Tawakal yang hendaklah diikuti dengan melakukan pelbagai usaha seterusnya membawa kepada hasil yang diingini - Gambar Hiasan Unsplash
Tawakal yang hendaklah diikuti dengan melakukan pelbagai usaha seterusnya membawa kepada hasil yang diingini - Gambar Hiasan Unsplash

Allah SWT berfirman:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُه

Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah al-Talaq (3))

Namun adakah tindakan tawakal ini boleh dilaksanakan tanpa usaha? Menjawab persoalan tersebut, Refleksi di TARA hari ini berkongsi dengan lebih terperinci tentang konsep tawakal atau dalam erti kata lain berserah kepada Allah SWT.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً

Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)

Hadis tersebut merujuk kepada tawakal yang hendaklah diikuti dengan melakukan pelbagai usaha seterusnya membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha.

Tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki - Gambar Hiasan
Tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki - Gambar Hiasan

Maka, ingatlah tawakal yang sebenarnya itu bukan semata-mata berserah kepada Allah SWT tanpa usaha yang keras. Ia perlu berjalan seiringan bagi mendapatkan apa yang diimpikan.

Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa tawakal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki.

Sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki (rujukan Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, 7/8) )

Contohnya, pelajar-pelajar yang hendak menduduki peperiksaan. Amat penting untuk mereka mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi ujian tersebut. Kemudian sambil menjawab soalan peperiksaan, bertawakallah kepada Allah SWT supaya jawapan yang diberikan betul dan kemudiannya diberikan keputusan yang cemerlang.

Secara logiknya, mana mungkin seseorang itu boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan jika mereka tidak berusaha keras mengulangkaji pelajaran sebelum memasuki dewan peperiksaan bukan?.

Jadi amat penting umat manusia untuk memahami dan mengetahui konsep tawakal ini. Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.

Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)

Tawakal ini merangkumi tekad, azam, strategi, usaha dengan bersungguh, doa dan diakhiri dengan reda atas keputusan Allah SWT - Gambar Hiasan
Tawakal ini merangkumi tekad, azam, strategi, usaha dengan bersungguh, doa dan diakhiri dengan reda atas keputusan Allah SWT - Gambar Hiasan

Baginda memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.

Konklusinya, tawakal ini merangkumi tekad, azam, strategi, usaha dengan bersungguh, doa dan diakhiri dengan reda atas keputusan Allah SWT. 

Jika keputusan yang dimiliki gagal dan tidak seperti yang diharapkan, maka bersabarlah dan terus berusaha. Insya-Allah, akan ada hikmah dang kejayaan dikemudian hari.- Getaran, 5 Februari 2023 

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Selangor Berkenan Bincang Isu Kalimah Allah Dalam MKI - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah Punca Utama Runtuhnya Ukhuwah Islamiah, ‘Ia Sengaja Dibuat Untuk…’

3

TARA 1 tahun yang lalu

“Ya Allah Jagakan Wali Keramat Saya” - Usai Konsert, Siti Nurhaliza Terima Berita Ibu Dijangkiti COVID-19

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kemaafan Itu Yang Aku Pinta - Bahagian 2

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap