web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KDN Utamakan 2 Kategori Permohonan Kewarganegaraan - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 8:55PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Keutamaan menyelesaikan permohonan kewarganegaraan diberikan kepada kes membabitkan anak luar nikah dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana permohonan membabitkan dua kategori itu adalah yang tertinggi setakat ini diikuti kategori anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

“Permohonan kewarganegaraan membabitkan anak luar nikah adalah tinggi. Kanak-kanak ini tidak sepatutnya didiskriminasikan kerana kesalahan ibu bapa mereka.

“Jadi kami memberi keutamaan kepada permohonan mereka. Tahun lepas kita mencapai sasaran untuk menyelesaikan 14,000 kes. Sekarang jumlah itu sudah mencecah lebih 15,000, kita akan kekalkan momentum yang sama tahun ini,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Beliau berkata terdapat juga permohonan kerakyatan di bawah kategori naturalisasi tetapi ia hanya melibatkan sebilangan kecil.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin mengesahkan polis menerima laporan mengenai kebocoran berhubung siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dan perkara itu sedang disiasat secara terperinci. 

Menurut media tempatan, laporan berkenaan dibuat susulan kebocoran butiran penyiasatan polis kurang 24 jam selepas ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak mereka.

Satu saluran di aplikasi Telegram dikenali sebagai Edisi Siasat baru-baru ini memuat naik apa yang didakwa sebagai kenyataan disediakan penyiasat, hasil soal-siasat ke atas kedua ibu-bapa mangsa.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyekat platform Telegram berikutan kebocoran itu Saifuddin berkata, beliau menyerahkan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk membuat keputusan. – Getaran, 16 Jun, 2024.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan