web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Berkenan Bincang Isu Kalimah Allah Dalam MKI - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 9:12PM

Anwar Ibrahim bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan membincangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, baginda memperkenankan perkara itu ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin hari ini, selain menyembah maklum keputusan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland lawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

“Baginda sebagai Pengerusi MKI bersetuju membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam majlis berkenaan pada Ogos ini sebelum ia diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja pada Oktober depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 yang memutuskan bahawa penganut Kristian, boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu, difailkan oleh Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Notis berkenaan, menyatakan bahawa KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di negeri.

“Kerajaan Persekutuan juga menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri, selain peranan Majlis Raja-Raja dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat Persekutuan,” katanya.

Malah Anwar berkata, beliau menghormati pandangan Sultan Sharafuddin yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada bulan lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak, lebih sesuai diperkemas serta diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja.

“Justeru, Kerajaan Persekutuan memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang menghadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga memberikan komitmen untuk memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan Majlis Raja-Raja yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad, berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan tindakan menarik balik rayuan sudah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, di mana baginda memberikan supaya semua keputusan yang akan dibuat mengenai isu kalimah ‘Allah’, harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan supaya kes berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa MKI.

Anwar turut menegaskan, keputusan menarik balik rayuan berkenaan, tidak bermaksud kerajaan memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.

“Saya tak fikir munasabah untuk dipolitikkan isu ini. Pendirian kerajaan hari ini memperaku keputusan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

“Bahkan hakim (kes itu) dalam keputusannya menyatakan ia adalah keputusan pentadbiran dan bukan (berasaskan) teologi,” katanya.  – Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung