web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Berjaya Lumpuhkan Sindiket Penipuan Guna Fail APK

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 12:18PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kedua-dua individu terbabit berumur 27 dan 48 tahun serta pihaknya merampas tiga telefon bimbit, pasport, kad pengenalan dan jam tangan dengan rampasan dianggarkan bernilai RM6,000.

Beliau berkata siasatan mendapati dua lelaki itu disyaki ahli sindiket "Trojan Spymax" yang terlibat secara langsung dengan sindiket penipuan di rantau Asia khususnya di Singapura dengan berperanan sebagai penjual malware (perisian hasad) dan pengurus sewaan server (pelayan) yang menempatkan fail APK.

"Hasil siasatan, sindiket ini menawarkan jualan produk dan perkhidmatan melalui media sosial Facebook, Instagram dan seumpamanya dengan mangsa yang berminat untuk membeli produk akan diberikan pautan fail APK (android package kit) yang perlu dipasang (install) ke telefon mereka sebagai sebahagian daripada proses pembelian.

"Fail APK yang diberi merupakan perisian bersifat malicious dan ia boleh menggodam telefon mangsa seterusnya memberikan akses kepada sindiket penipuan untuk membaca one time password (otp) pada sistem pesanan ringkas, screen mirror, contact list, dan remote access kepada peranti milik mangsa," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura bagi tujuan pendakwaan.

Ramli berkata operasi terbabit merupakan hasil kerjasama selama setahun bersama polis Singapura dalam mengenal pasti, mengumpul dan mengesahkan identiti ahli sindiket yang berselindung di sebalik teknologi, sekali gus berjaya melumpuhkan infrastruktur dan gerak kerja sindiket malware APK di rantau ini.

"Orang ramai diminta supaya berhati-hati ketika memuat turun dan memasang sebarang perisian pada peranti masing-masing.

"Sebarang muat turun fail aplikasi ke telefon pintar hendaklah dilakukan melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store sahaja," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 14 minit yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sukan 12 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih