web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isma Sane Hadiahkan ‘Derita’ Dalam Versi Piano Dan ‘String’ Buat Peminat

Ia sesuatu yang cukup istimewa apabila versi baharu ini menggunakan piano dan ‘string’. Kami mahu peminat mendengar lagu ‘Derita’ ini dari sudut yang baharu dan lebih segar.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:35PM

Isma Sane

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu ‘Derita’ nyanyian, penyanyi dan komposer muda, Isma Sane yang menjadi ‘trademarknya’ kini dilancar dalam versi berbeza dengan hanya menggunakan piano dan ‘string’.

Versi baharu lagu ‘Derita’ itu, hanya dengan pemilihan piano dan ‘string’, tentu sekali ‘jiwa’ yang disalurkan dalam versi itu agak istimewa.

Mana tidaknya, terjemahan yang dilakukan semestinya membabitkan corak emosi lebih menebal. Tidak ketinggalan, lagu ‘Derita’ itu sendiri pun sarat dengan makna mendalam.

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, versi rakaman baharu lagu ‘Derita’ itu sebagai bingkisan hadiah buat peminat setia Isma.

Lagu ‘Derita’ ini sarat dengan makna mendalam.
Lagu ‘Derita’ ini sarat dengan makna mendalam.

“Selepas empat tahun lagu ‘Derita’ dilancarkan, jumlah tontonan sudah melebihi 33 juta. Lagu Derita juga masih menjadi siulan peminat ketika ini.

“Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan buat penyanyi baharu seperti Isma kerana dia perlu bersaing dengan penyanyi baharu ketika itu,” katanya.

Justeru, kata Amir, pihaknya memutuskan untuk merakamkan semula lagu ‘Derita’ sebagai terima kasih dan penghargaan kepada peminat.

“Ia sesuatu yang cukup istimewa apabila versi baharu ini menggunakan piano dan ‘string’. Kami mahu peminat mendengar lagu ‘Derita’ ini dari sudut yang baharu dan lebih segar.

“Kami mahu peminat turut sama merasai feel dan penghayatan yang disampaikan Isma dalam rakaman versi piano dan ‘string’ ini,” ujarnya.

Lagu ‘Derita’ adalah sebagai terima kasih dan penghargaan kepada peminat.
Lagu ‘Derita’ adalah sebagai terima kasih dan penghargaan kepada peminat.

Sebelum ini, Isme pernah muncul dengan beberapa single seperti ‘Kembali’ pada 2019, ‘Sepi’ (2021), ‘Pergi Jauh’, ‘Kamu’ dan ‘Dia’ dan ‘Sayang-Sayang’ tahun lalu.

“Lagu ini penuh dengan emosi jadi ia kena dengan piano dan ‘string’. Saya mahu berasa lebih sedih lagi, jadi sebab itu kami merakamkan semula dengan vokal terbaharu.

“Dalam masa sama, ada juga beberapa bahagian tambahan dalam lagu ini iaitu dari segi lirik.

“Lagu ini dipilih kerana sudah jadi ‘trademark’ Isma. Apabila dia menyanyikan lagu ini, orang sudah kenal itu dia. Pendek kata, lagu ini sangat dekat dengan peminatnya,” tambah Amir.

Selain rangka promosi yang diatur untuk Derita versi piano dan ‘string’, pihak Beegood Music turut merancang mengadakan siri jelajah di 10 sekolah dalam negara menerusi program Beegood At School. – Getaran, 24 Februari 2023 .

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara