web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Kereta Api Tidur Terbaik Di Dunia Untuk Inspirasi Pengembaraan 

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Perjalanan dengan kereta api yang disenaraikan ini akan mencipta sebuah pengembaran epik

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 10:21AM

Royal Scotsman, A Belmond Train - gambar Belmond.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengembara menggunakan kereta api sebagai mod pengangkutan mungkin bukan pilihan pengembara yang mengejar masa, namun ia menjadi buruan mereka yang ingin menikmati keindahan landskap alam. 

Kerana itulah jungle train Ekspres Rakyat Timuran (ERT) laluan Johor Bahru ke Tumpat cukup popular dan meraih sambutan luar biasa. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengintai keindahan alam yang heboh diperkatakan di media sosial.

Jika anda merupakan seorang pengembara yang suka mengambil masa dalam menikmati sebuah percutian, mungkin anda perlu tahu tentang kereta api tidur terbaik di seluruh dunia untuk inspirasi pengembaraan pada masa akan datang. 

Jom semak senarai berikut:

1. Ekspres Santa Claus: Helsinki ke Rovaniemi, Finland

Foto : https://www.independent.co.uk/ 

Meneroka Finland adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tetapi ia boleh menjadi lebih mengagumkan jika anda menuju ke Lapland, Finland yang tidak disentuh dan ajaib. Ekspres Santa Claus yang bergerak dari Helsinki ke Rovaniemi dan Kemijarvi adalah pilihan perjalanan yang sempurna untuk mereka yang ingin mencipta sebuah perjalanan epik. 

Menaiki kereta api Helsinki - Rovaniemi ke Lapland yang dilitupi salji, kediaman rasmi legenda Santa Claus, akan menjadi pengalaman seumur hidup bagi mana-mana pengembara. Perjalanan dari ibu negara Finland mengambil masa kira-kira 10 jam. Pada waktu pagi, anda akan mendapati diri berada di tempat impian zaman kanak-kanak, iaitu di suatu tempat di atas Bulatan Artik yang misterius. 

Perkhidmatan keretapi ini dikendalikan oleh VR (Kereta api Finland), menawarkan kabin selesa dan dilengkapi dengan semua kemudahan diperlukan, termasuk penghawa dingin, soket kuasa, rak bagasi dan WiFi percuma. 

Selain berpeluang menikmati keajaiban musim sejuk yang sukar digambarkan dengan kata-kata, anda juga mungkin bernasib baik untuk melihat cahaya utara yang hebat atau matahari tengah malam. Namun ini bergantung musim dan tarikh perjalanan anda.

Kereta api bertolak setiap hari dari Helsinki ke Rovaniemi pada beberapa waktu berbeza. Tiket bermula dari €45.80 (RM228). Boleh lawati www.vr.fi/en untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket.

2. Kereta Api Qinghai, Xining ke Lhasa

Foto : https://global.chinadaily.com.cn/ 

Ini adalah laluan kereta api tertinggi dunia.

Bermula dari Xining di China, laluannya membawa anda merentasi dataran tinggi Qinghai, juga di China dan seterusnya ke destinasi tujuan iaitu Lhasa di Tibet.

Keindahannya berbaloi dengan masa yang dihabiskan. Bertolak setiap malam dari Xining dan membawa penumpang melalui Qinghai dalam kegelapan malam, perjalanan bertukar hebat saat matahari mula menyapa pada keesokan hari. 

Perjalanan lebih 22 jam ini akan membawa penumpang melintasi kawasan penempatan, pergunungan yang indah dan mengintai keindahan tasik di saat gerabak semakin menghampiri.  Apabila kereta api mula mendaki, penumpang boleh mendengar desiran enjin yang seakan berusaha menarik gerabak maju ke hadapan. Itu juga tandanya Pergunungan Kunlun semakin dekat dan bersedialah untuk menyaksikan pemandangan yang tiada tandingannya.

Kereta api bertolak setiap hari dari Xining pada jam 1:30 tengahari dan jam 9:50 malam, manakala waktu ketibaan di Lhasa ialah pada jam 11:17 pagi dan 7:56 malam keesokan harinya. Tiket untuk dewasa (soft sleeper) berharga 781RMB (RM550) dan pembelian boleh dilakukan di https://www.tibettravel.org/tibet-train/xining-to-lhasa-train.html 

3. Ankara ke Kars, Türkiye

Foto : https://goturkiye.com/

Pengembaraan musim sejuk bersama Eastern Express bermula dari ibu negara, Ankara dan melalui beberapa bandar, gunung dan lembah yang indah dan dramatik ke Kars, bandar musim sejuk ajaib di bahagian paling timur negara itu.

Dianggap di antara 'empat laluan kereta api terbaik' di dunia, Eastern Express melengkapkan perjalanan yang menarik antara Ankara dan Kars yang mengambil masa kira-kira 25 hingga 26 jam. Antara bandar yang dilalui ialah wilayah Kırıkkale, Kayseri, Sivas, Erzincan dan Erzurum.

Sepanjang perjalanan ini, penumpang di Eastern Express, boleh melihat stesen kereta api bersejarah, kepakaran tempatan dan landskap dunia lain yang menakjubkan. Kereta api serba lengkap ini turut mempunyai lokasi selera dengan empat belas meja dan tempat duduk untuk 56 pengunjung. 

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dua laluan kereta api berasingan telah disediakan iaitu Eastern Express dan Touristic Eastern Express. 

Touristic Eastern Express, yang mempunyai tempat tidur berhenti di 29 stesen. Selain itu, kereta api juga berhenti selama dua setengah hingga tiga jam di stesen ketibaan dan perlepasan. Eastern Express pula tidak mempunyai kemudahan tempat tidur dan berhenti di 50 stesen. 

Tiket berharga €108 (RM537) untuk perjalanan sehala. Layari laman sesawang ini untuk mendapatkan tiket pada harga diskaun. Tiket dikeluarkan sebulan sebelum berlepas. 

4. Royal Scotsman, A Belmond Train

Foto : https://www.belmond.com/ 

Untuk anda yang berduit, pengembaraan bersama penyediaan perkhidmatan di Scotland ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan andai kata menjejakkan kaki ke negara Eropah ini. 

Sepanjang dua malam, jadual perjalanan Belmond's Taste of the Highlands membawa penumpang melakukan lawatan henti-henti melalui landskap paling mempesona di Scotland dengan peluang turun ke kapal untuk menembak merpati tanah liat, memancing dan juga sedikit lawatan kulinari. 

Bertolak dari Stesen Edinburgh Waverley dan kagumi bukit-bukit Perthshire atau keindahan luar bandar Taman Negara Cairngorms. Kemudian, nikmati beberapa panorama yang menakjubkan dalam perjalanan ke selatan melalui Aberdeenshire dan Angus.

Tidak seperti perkhidmatan kereta api mewah yang lain, perkhidmatan ini berhenti di stesen yang sunyi untuk sepanjang malam agar penumpang dapat tidur dengan lena sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari. Harga untuk sebuah kabin bermula dari £5,800 (RM28,331). 

Lawati laman sesawang https://www.belmond.com/ untuk maklumat lanjut.

5. Reunification Express: Hanoi ke Saigon, Vietnam

Foto : https://www.lonelyplanet.com/ 

Reunification Express, merupakan antara cara terbaik untuk kawasan-kawasan luar bandar di Vietnam. Laluan kereta api ini menghubungkan Hanoi ke Ho Chi Minh City. Ia melintasi lebih daripada seribu jambatan, puluhan terowong, dan lebih daripada 150 stesen kereta api, semuanya dibaiki selepas penyatuan semula wilayah utara dan selatan Vietnam.

Jika anda ingin melihat pantai, gunung, hutan, tanah lembap dan bandar, bersama-sama dengan penduduk tempatan yang mesra dan murah hati, bersedialah untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dan banjiri akaun media sosial anda dengan pelbagai foto hebat. 

Beberapa kereta api Reunification Express mempunyai kabin tidur yang turut menyediakan bantal dan selimut dan berkongsi dengan beberapa penumpang lain. Tetapi jika anda mementingkan privasi boleh pilih kabin VIP yang memuatkan dua orang penumpang dan dijual pada harga lebih tinggi. 

Anda boleh menyimpan bagasi anda di dalam petak di bawah katil. Setiap kereta api juga mempunyai sinki dan tandas di setiap hujung  gerabak untuk digunakan oleh semua orang di dalam kereta api tersebut.

Kereta api berlepas dari Hanoi pada jam 7:20 petang dan tiba ke Saigon pada 6:30 pagi dua hari kemudian. Tiket sehala dalam bilik tidur berhawa dingin kelas kedua berharga $58 (RM 274). Lawati https://12go.asia/en untuk pembelian tiket. - Getaran, 15 Oktober 2023

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 8 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 8 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 8 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara