Menikmati sepotong kek dengan secawan kopi hangat, ternyata mampu membuatkan hati sesetengah orang berbunga riang. Buat seketika beban atau masalah yang ditanggung dapat dilupakan.
Selalunya ke mana atau kafe yang mana menjadi pilihan hati untuk menikmati hidangan pemanis mulut ini? Salah satu kafe yang dekat di hati rakyat Malaysia ialah Secret Recipe. Terkenal dengan seleksi kek yang memikat selera, kafe yang satu ini sering menjadi penyelamat terutamanya jika ada acara istimewa yang ingin diraikan pada saat-saat akhir.
Tak perlu buat tempahan awal kerana di setiap cawangan pasti ada kek yang menanti untuk dibawa pulang ke rumah.
Ditubuhkan pada tahun 1997, Secret Recipe berdiri sebagai rangkaian kafe kek yang terulung dan terluas di Malaysia, memenuhi keperluan keluarga dengan pelbagai tawaran. Sebagai jenama kek kegemaran rakyat Malaysia sejak zaman kanak-kanak, Secret Recipe memberi 18 sebab untuk menikmati kek demi mengutip pengalaman manis!
1. Majlis Hari Jadi
Siapa yang boleh menolak kek yang indah pada sambutan hari lahir mereka? Sama ada kanak-kanak atau individu dewasa, terdapat pelbagai pilihan kek yang menanti anda di Secret Recipe. Dengan tawaran harga mampu milik, anda boleh memilih seleksi kek yang menepati selera. Raikan hari istimewa ini bersama teman-teman dan ahli keluarga dengan penuh kegembiraan.
2. Memenangi Pertandingan
Memenangi pertandingan selalunya merupakan pencapaian penting yang patut diiktiraf bagi kanak-kanak. Salah satu cara untuk meraikan pencapaian mereka adalah dengan membeli kek dan mencipta kenangan yang menggembirakan bersama.
3. Hari Kanak-Kanak
Meraikan Hari Kanak-kanak dengan meminta pelajar membawa snek kegemaran mereka dan berkongsi dengan rakan sekelas adalah tradisi yang menggembirakan. Satu pilihan yang menarik untuk majlis ini ialah dengan membawa Walnut Brownies. Hidangan lazat ini mempunyai kuasa untuk membawa senyuman ke wajah kanak-kanak dengan setiap gigitan.
4. Hari Guru
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk minda anak-anak kita dan berhak mendapat penghargaan ikhlas atas kerja keras dan dedikasi mereka. Pada Hari Guru, isyarat mudah seperti memberikan mereka sepotong kek kegemaran boleh menjadi cara yang bermakna untuk menyatakan rasa terima kasih.
5. Hari Graduasi
Hari tamat pengajian adalah episod penting dalam sebuah perjalanan kehidupan. Ia menandakan kejayaan menyelesaikan perjalanan akademik dan permulaan pengembaraan baharu. Raikan hari istimewa ini dengan cara yang manis untuk mengiktiraf kerja keras dan pencapaian graduan dengan menghantar kek kepada mereka!
6. Berjaya Memasuki Sekolah Impian
Siapa yang tidak gembira apabila dapat memasuki sekolah berprestij yang menjadi idaman ramai? Baik diri sendiri atau ahli keluarga, pencapaian ini sememangnya ditunggu-tunggu dan akan ada hari di mana kejayaan ini diraikan. Dapatkanlah sebiji kek untuk menggembirakan hati!
7. Mendapat Pekerjaan Pertama
Pekerjaan pertama menandakan berakhirnya fasa pendidikan di mana anda kini secara rasmi menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada negara. Jomlah raikan dengan sepotong kek. Tak semestinya ajak kawan beramai-ramai, cukuplah bawa diri ke kafe Secret Recipe berdekatan dan layan me time!
8. Mendapat Lesen Memandu
Bagi sesetengah orang mendapat lesen memandu bukanlah sesuatu yang ‘besar’ sehingga mahu diraikan. Tetapi bagi sesetengah orang pula, ini adalah pencapaian yang layak diraikan secara kecil-kecilan untuk dijadikan memori. Pedulikan pendapat orang lain, cepat-cepat dapatkan kek Red Velvet atau Chocolate Indulgence yang menjadi kegemaran.
9. Membeli Kereta Pertama
Sama seperti membakar kek, kereta baharu juga mampu menerbitkan kepuasan. Ia adalah tentang kerja keras dan komitmen yang dicurahkan. Jadi, nikmatilah kek Rainbow Confetti Secret Recipe sambil anda merencana sebuah kehidupan penuh pelangi.
10. Membeli Rumah
Membeli rumah adalah pelaburan yang positif dan bernilai. Ini kerana memiliki rumah memberikan rasa kestabilan dan keselamatan. Pencapaian ini pastinya patut mendapat layanan manis selepas semua keputusan dan usaha yang difikirkan dengan baik.
11. Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat di tempat kerja bukan sekadar kemenangan peribadi tetapi meraikan masa dan usaha yang dilakukan oleh seseorang dalam pekerjaan mereka. Kongsi kegembiraan dengan pasukan anda dengan meraikan kejayaan ini bersama mereka sebagai simbol penghargaan dan sokongan daripada pasukan anda. Dapatkan sebiji atau lebih kek agar semua orang boleh menikmati kemanisannya!
12. Bersara
Persaraan adalah sesuatu yang mungkin menghibakan. Maklumlah setelah sekian lama mengabdikan diri kepada pekerja demi kelangsungan hidup, tiba-tiba anda perlu ucapkan selamat tinggal kepada rutin harian yang sudah sebati.
Ubati hati yang hiba dan sebak dengan sepotong kek adalah cara yang manis untuk memulakan perjalanan baharu. Setiap kali menyuap kek ke dalam mulut, sematkan dalam fikiran bahawa lebih banyak detik manis akan tercipta di kemudian hari.
13. Menyambut Orang Baharu Dalam Keluarga
Memegang bayi yang baru lahir di tangan anda adalah salah satu hadiah terhebat dalam hidup. Tiada masa yang lebih baik untuk menandakan permulaan perjalanan indah yang dipenuhi dengan gelak tawa, kasih sayang dan kenangan yang tidak terkira selain dengan sepotong Kek Lobak Merah Secret Recipe yang mewah dengan rasa.
14. Langkah Pertama Bayi
Apabila bayi mengambil langkah pertama mereka, itu bukan sahaja langkah pertama mereka, tetapi juga salah satu pencapaian pertama mereka dalam hidup. Raikan majlis sekali seumur hidup ini bersama orang tersayang sambil menikmati Chocolate Banana Cake yang lazat.
15. Ulang Tahun Perkahwinan
Raikan ulang tahun anda dengan di si dia sama seperti hari perkahwinan anda yang lalu. Manjakan diri dengan Secret Recipe's White Chocolate Macadamia Cake, simbol kemanisan cinta abadi sambil mengingati detik-detik istimewa yang telah dilalui bersama.
16. Bergelar Datuk Dan Nenek
Apabila anda ‘naik pangkat’ sebagai datuk dan nenek, ialah adalah satu pencapaian luar biasa kerana anda dipanjangkan umur untuk terus bernafas di muka bumi ini. Jadi, mengapa tidak raikan dengan penuh kesyukuran. Dapatkan Secret Recipe’s Decadent Tiramisu Cake untuk dinikmati seisi keluarga.
17. Parti Perpisahan
Mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang anda sayangi tidak pernah mudah. Meraikan perpisahan dengan kek manis adalah simbol untuk sebuah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan buat selamanya.
18. Hari Lahir Penting (Contoh: Hari Jadi Ke-21, 30, 40, 50, 60)
Meraikan hari lahir yang penting dengan kek adalah tradisi seluruh dunia. Seleksi kek Signature Secret Recipe boleh menjadikan sambutan hari jadi anda bertambah manis dan menggembirakan. - Getaran, 4 November 2023
Foto : Secret Recipe