web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Secret Recipe bekerjasama dengan jenama fesyen, Bayu Somerset untuk memperkenalkan koleksi busana baharu berilhamkan pilihan keknya

Gaya Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 8:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kek menjadi baju. Mungkin kedengaran mustahil, tetapi dua jenama popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini iaitu Secret Recipe dan Bayu Somerset membuktikan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, rangkaian kafe gaya hidup, Secret Recipe yang terkenal dengan kek-kek lazat ini bergabung tenaga dengan jenama pakaian tempatan yang terkenal, Bayu Somerset untuk menghasilkan koleksi busana Melayu tradisional yang diilhamkan daripada kelazatan cita rasa pilihan kek Secret Recipe. 

Kerjasama eksklusif ini meraikan kemanisan hidup yang bukan sahaja boleh dinikmati daripada kek lazat tetapi juga seni fesyen. Koleksi Bayu Somerset x Secret Recipe memaparkan pilihan pakaian dan aksesori yang menarik. 

BS x SR Black Forest Kebaya
BS x SR Black Forest Kebaya

Setiap pakaian mencerminkan kek ikonik Secret Recipe dan benar-benar sesuai dengan penampilan comel lagi terang menawan yang memang menjadi identiti Bayu Somerset. 

"Di Secret Recipe, kami percaya bahawa semestinya ada keindahan dalam tradisi, yang menjadi inspirasi perjalanan kami di Malaysia selama ini. Kini, kami ingin menghidupkan lagi tradisi.

“Kerjasama kami dengan Bayu Somerset membawakan keharmonian gabungan keanggunan dan cita rasa, menampilkan kecantikan pakaian Melayu tradisional yang digandingkan dengan koleksi kek kami.

“Bersama-sama, kami mencipta sentuhan seni budaya dan pengalaman seni kulinari yang menambah kemewahan dalam setiap detik,” ujar Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee pada sesi pelancaran yang diadakan di butik Bayu Somerset, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, semalam. 

BS x SR Nadi Embroidery Kebaya Confetti
BS x SR Nadi Embroidery Kebaya Confetti

Bagi Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif Bayu Somerset, Diana Kamalul pula, pihaknya sangat berbesar hati apabila Secret Recipe sudi berganding bahu untuk menjayakan kolaborasi unik ini.

“Kami berbesar hati dan mengalu-alukan peluang untuk berganding bahu dengan jenama yang kami membesar bersama menerusi koleksi bermusim Bayu Somerset x Secret Recipe.

“Secret Recipe menempa nama setelah menempuh pelbagai cabaran selama beberapa dekad ini dan kami gembira atas kesungguhan mereka yang menyokong jenama tempatan. Dalam tempoh beberapa bulan lepas, langkah menzahirkan koleksi ini daripada lakaran kertas kepada kain dan pelancaran pada hari ini merupakan detik-detik yang tidak akan dilupakan bagi kami di Bayu Somerset. Kami menghargai sokongan Secret Recipe sepanjang proses ini,” ujar beliau teruja.

BS x SR Pandanlicious Midi Kurung
BS x SR Pandanlicious Midi Kurung

Pandanlicious, Berrylicious Dan Red Velvet Antara Rekaan Yang Menanti 

Menerusi koleksi ini, Bayu Somerset memaparkan suasana sambutan perayaan dengan menerapkan unsur-unsur seperti kek, lilin dan bunga menarik dalam setiap corak. 

Adunan motif perayaan dan reka bentuk di luar kelaziman menggambarkan bagaimana fesyen boleh melambangkan kemanisan nikmat dan keindahan hidup, membawakan suasana sambutan setiap kali pakaian digayakan. 

Menggabungkan kelainan estetika Bayu Somerset dengan kemanisan kek, koleksi ini meliputi lima kategori, daripada pakaian tradisional sehinggalah kepada aksesori kepala. 

BS x SR Scrunchy Red Velvet
BS x SR Scrunchy Red Velvet

Setiap satu memaparkan rekaan yang memperlihatkan lapisan kek Secret Recipe dengan sentuhan keceriaan dan keseronokan, menjadikan setiap helai pakaian bukan sekadar biasa-biasa sahaja, tetapi tampil menyerlah dan mempesona. 

Baju Kurung Kedah yang ringkas tetapi tak lapuk ditelan dek zaman boleh didapati dalam tiga corak, termasuklah Pandanlicious yang lebih mendekati alam semula jadi dan bersahaja, Berrylicious yang anggun, dan White Forest yang ringkas menawan. 

BS x SR Square Scarf Confetti
BS x SR Square Scarf Confetti

Sementara itu baju kurung kebaya yang merupakan busana klasik dengan sentuhan moden, menghidupkan rekaan Confetti dengan Sulaman Nadi, warna Black Forest yang lebih mempesona dengan cetakan halus buah ceri, dan akhir sekali Green Pea Kebaya yang dilengkapi corak terang lagi menyerlah.

Penggemar kurung moden yang lebih kontemporari boleh menggayakan set Tallulah dalam reka bentuk Wild Blueberry yang cantik meletup atau Red Velvet yang lebih menawan hati. 

Semua pakaian boleh didapati dalam saiz XXS hingga 5XL untuk dewasa pada harga daripada RM149 dan ke atas, dan saiz 1 hingga 12 untuk kanak-kanak pada harga antara RM129 dan RM149.

BS x SR Talluleh Set in Red Velvet
BS x SR Talluleh Set in Red Velvet

Koleksi baju kurung digandingkan sempurna dengan koleksi aksesori kepala, pada harga RM49 sehelai, yang memperlihatkan corak Red Velvet atau Confetti, atau pilihan scrunchie yang boleh didapati dalam corak yang sedondon pada harga RM15, untuk penampilan lengkap dari kepala hingga ke kaki.

Untuk meraikan kerjasama ini, Secret Recipe menawarkan kepada pelanggan Bayu Somerset diskaun 30% bagi sepotong kek dengan pembelian mana-mana dua hidangan utama à la carte. 

Mira Filzah (tengah) sebagai duta Secret Recipe turut hadir pada majlis pelancaran
Mira Filzah (tengah) sebagai duta Secret Recipe turut hadir pada majlis pelancaran

Pelanggan hanya perlu menunjukkan tag produk Bayu Somerset x Secret Recipe. Bayu Somerset pula akan menawarkan potongan RM10 kepada pelanggan Secret Recipe untuk setiap pembelian produk Bayu Somerset yang boleh didapati secara dalam talian dan luar talian.

Selain itu, kerjasama ini juga menghasilkan kotak kek platinum edisi terhad yang direka khas oleh Bayu Somerset.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.secretrecipe.com.my atau www.bayusomerset.com. - Getaran, 1 Jun 2024

Foto : Secret Recipe X Bayu Somerset

Berita Berkaitan

1

Selera 6 bulan yang lalu

Merah Jambu Manis Menawan Buah Tangan Terbaharu Secret Recipe

2

TARA 7 bulan yang lalu

18 Sebab Sempurna Untuk Menikmati Kek!

3

Gaya 7 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

4

TARA 9 bulan yang lalu

Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selera 20 jam yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

oleh Rahayu MN

Teknovasi 1 hari yang lalu

Siri realme Buds Air6 Mampu Milik, Janji Pengalaman Mendengar Memikat

Siri ini menandakan usaha berterusan jenama dalam teknologi pembatalan hingar yang canggih, membawa kualiti bunyi Hi-Fi 

oleh Rahayu MN