web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kesihatan Mental: Kerjasama Mahasiswa Dan Universiti Tangani Isu Tekanan Emosi

Ramai mahasiswa sudah lesu upaya dengan situasi pembelajaran dalam talian yang telah dijalankan lebih daripada setahun dan sangat perlukan bantuan. Tetapi kepada siapakah boleh mereka adukan perasaan mereka?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 9:38AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penguatkuasaan kawalan pergerakan selama hampir setahun setengah bagi membendung penularan pandemik COVID-19, menandakan sepanjang tempoh itu jugalah mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) ‘terperuk’ di dalam bilik bagi menghadiri kelas, berbincang, menyiapkan tugasan dan membuat pembentangan secara maya.

Ahli Majlis Pewakilan Pelajar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIAT) Nur Nadhirah Mohd Ariffin, 21, berkata ramai mahasiswa sudah lesu upaya dengan situasi pembelajaran dalam talian yang dijalankan lebih daripada setahun ini.

“Rata-rata mereka sudah keletihan dan tertekan kerana kursus yang diambil bukan teori semata-mata, sebahagiannya membabitkan praktikal. Bayangkan, aktiviti praktikal juga dilakukan secara dalam talian, yang sudah tentu agak sukar dan memberi tekanan kepada kami,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Mahasiswa Kejuruteraan Teknologi Pesawat (Avionik) itu berkata sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mahasiswa menangani tekanan agar keadaan tidak melarat menjadi bertambah teruk.

Untuk itu katanya, beliau melalui MPP telah berkerjasama dengan Unit Kaunseling UniKL-MIAT mengambil pendekatan baharu secara peer to peer, iaitu membantu memantau keadaan rakan mahasiswa melalui media sosial.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Sementara itu, Kaunselor Kanan UniKL-MIAT Mahyana Mukhtar berkata keadaan sudah berubah kerana jika dahulu mahasiswa yang bermasalah dikenal pasti melalui gaya dan tingkah laku, tetapi kini dengan keadaan pembelajaran jarak jauh media sosial adalah cara terbaik mendekati mereka.

“Mahasiswa menghabiskan banyak masa dengan komputer riba dan telefon bimbit, kemungkinan untuk mereka meluahkan tekanan di media sosial adalah besar, oleh itu kerjasama dibuat dengan ahli MPP kerana mereka juga sebahagian daripada mahasiswa dan rakan di media sosial,” katanya.

Mahyana berkata melalui pendekatan peer to peer ahli MPP akan segera memaklumkan kepada Unit Kaunseling jika melihat ada dalam kalangan rakan mereka memuat naik hantaran yang mencurigakan di media sosial seperti sedang menghadapi tekanan kerana rata-rata mahasiswa tidak tahu tempat untuk dapatkan nasihat atau bimbingan.

Mahasiswa perlu menjadikan unit kaunseling sebagai pusat sehenti jika mempunyai apa-apa masalah walaupun mereka tidak berada di kampus, katanya.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Beliau berkata biasanya bimbingan kaunseling seorang ke seorang diberikan secara maya mengikut keselesaan mahasiswa sama ada menggunakan medium WhatsApp, panggilan video atau telefon.

“Pernah ada kes social phobia, seorang pelajar mempunyai ketakutan untuk membuat pembentangan secara maya. Saya bantu dia dengan memberi terapi melalui panggilan video dan akhirnya pelajar tersebut berjaya membuat pembentangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia Dr. Mazila Ghazali berkata pihaknya turut menggunakan laman sosial rasmi sebagai medium mendekati mahasiswa.

“Kami menawarkan perkhidmatan telekaunseling dengan meletakkan nombor peribadi di laman sosial rasmi bagi membolehkan mahasiswa atau staff UPM menghubungi kami secara terus, tujuh hari seminggu. Terdapat 12 pegawai psikologi yang ditugaskan secara bergilir-gilir dan bersedia untuk dihubungi.

“Pendekatan itu ternayata mendapat reaksi yang menggalakkan kerana hampir setiap hari kami menerima panggilan atau WhatsApp daripada mahasiswa yang berkongsi masalah,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

MCMC Diarah Sekat Penyebaran Maklumat Tak Sahih Kes Zayn Rayyan - Shuhaily

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap