web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fon Kepala OpenFit Air Ultra Hanya Seberat  8.7G

Pengecasan pantas 10 minit akan memberikan tambahan masa dua jam untuk mendengar

Teknovasi Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:27AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peneraju fon kepala open ear terkemuka, Shokz melancarkan OpenFit Air, fon kepala jenis open ear tanpa wayar yang ringan dan selesa. 

OpenFit Air merupakan fon kepala telinga terbuka tanpa wayar generasi terbaharu Shokz selepas OpenFit yang dilancarkan pada 2023.

Pada acara pelancaran yang diadakan pada Selasa, OpenFit Air menampilkan reka bentuk khas dari Shokz, open ear dan cangkuk telinga ergonomik untuk keselesaan optimum dan pengalaman pendengaran yang terbaik. 

Dengan berat 8.7g, fon kepala ini direka bentuk dengan kemasan silikon lembut yang mempunyai kelenturan sesuai untuk setiap bentuk telinga, dan untuk penggunaan sepanjang hari. 

Menampilkan aloi memori Ni-Ti fleksibel ultra-halus 0.75mm, reka bentuk Air-Earhook memastikan fon kepala ini sentiasa terletak elok untuk pemakai, serta meminimumkan tekanan semasa sesi mendengar jangka masa lama. 

Reka bentuk rongga dan keratan rentas berbentuk titisan air membolehkan fon kepala ini dimuatkan lebih dalam ke telinga untuk pemakaian yang selesa. 

Dikuasakan oleh teknologi DirectPitch™, OpenFit Air menyediakan ciri audio penuh dan semula jadi yang membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman mendengar lagu, podcast dan buku audio kegemaran lebih mengasyikkan.

Dengan Shokz OpenBass™ Air dan algoritma peningkatan frekuensi rendah proprietari, OpenFit Air menawarkan bass yang dalam dan terperinci.

Dengan jangka hayat selama enam jam sekali pengecasan dan sejumlah 28 jam dengan ‘charging case’, fon kepala OpenFit Air memastikan playlist lagu anda terus berputar untuk penggunaan berpanjangan. 

Bagi mereka yang kekurangan masa, pengecasan pantas 10 minit akan memberikan tambahan masa selama dua jam untuk mendengar.

Pengarah Pasaran APAC Shokz, Jean Yang berkata, tahun lalu OpenFit merupakan pilihan pengguna di seluruh dunia kerana keselesaan terbaik yang ditawarkan. 

“Tahun ini, kami juga ingin menggalakkan lebih ramai orang untuk menikmati teknologi open ear. Dengan OpenFit Air, anda boleh kekal berhubung dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja, atau kekal peka dengan situasi sekeliling ketika bersenam.

“OpenFit Air tersedia dalam kemasan silikon matte dalam tiga warna termasuk merah jambu, putih dan hitam untuk dipadankan dengan apa-apa gaya dengan mudah,” ujarnya. 

Antara ciri-ciri OpenFit Air yang anda patut tahu ialah:

  • Shokz Air-Earhook yang inovatif. Aloi memori Ni-Ti fleksibel ultra-halus 0.75mm dengan kemasan silikon lembut. Keratan rentas berbentuk titisan air meminimumkan tekanan semasa sesi mendengar yang panjang
  • Reka bentuk dwi-serong ergonomik
  • Shokz DirectPitch™ untuk pendengaran open ear
  • Empat mikrofon yang boleh menjejaki suara pengguna dengan tepat dengan ‘adaptive beamforming’.
  • Tahan air dan peluh 
  • Julat Bluetooth 5.2 sejauh 10 meter
  • Kuasai pelbagai tugas dengan pasangan multipoint 
  • Kawalan sentuhan intuitif

Shokz OpenFit Air boleh dipesan hari ini dengan harga RM599 di https://novemarketing.com/. - Getaran, 7 Jun 2024

Foto: Shokz

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Permainan Platformer 3D Baharu 'ALTF42' Ada Ganjaran Wang Tunai Berjumlah AS$5,000

2

Teknovasi 4 minggu yang lalu

Siri Realme GT 6 Kembali Ke Pasaran, Gunakan Strategi AI Komprehensif

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 1 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Kedua-dua hotel ini dibuka selepas pandemik COVID-19 dan ia mendapat ulasan terbaik di platform tempahan dalam talian.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

Wakil negara akan bersaing dengan 11 lagi peserta di peringkat akhir

oleh Diyana Nawwar

Refleksi 1 hari yang lalu

Ego Biarlah Bertempat, Jangan Sampai Undang Kebencian

oleh Rahayu MN