Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Usahawan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 4:53PM

Tengku Mahmud Tengku Husain bersama Harumanis yang dihasilkan di kebunnya - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Di sebalik pelbagai cabaran dihadapi termasuk kata-kata sinis mereka yang mendakwa kononnya Harumanis dijual pada harga 'Yahudi', bekalan buah premium itu sentiasa tidak mencukupi kerana mendapat permintaan tinggi dari peminatnya di serata tanah air. 

Pengusaha Harumanis perseorangan terbesar di Perlis, Ar Tengku Mahmud Tengku Husain berkata, beliau bersama rakan-rakan lain yang yang mengusahakan tanaman itu secara komersial tidak pernah berdepan masalah untuk memasarkan buah tersebut saban tahun. 

Malah menurut pemilik TGM Mango Best Farm itu, senarai giliran menunggu cukup panjang dan pelanggannya juga sering mengulang pesan setiap kali tibanya musim Harumanis. 

"Sebagai contoh, tahun lalu kebun saya berjaya menghasilkan hingga lapan tan Harumanis tetapi jumlah itu pun masih belum cukup untuk memenuhi permintaan. Lagi pun, kami benar-benar menjaga kualiti dan hanya menjual buah gred A saja kepada pembeli.

"Apatah lagi ketika ini Harumanis sering dijadikan hadiah oleh syarikat-syarikat korporat. Maka permintaan terhadap buah itu sentiasa melonjak. 

"Tetapi di sebalik permintaan tinggi, kualitinya perlu sentiasa dijaga. Apatah lagi Harumanis ini sangat manja dan sebarang kesilapan termasuk kelewatan membalut buah, berisiko menyebabkan buahnya rosak termasuk 'ditebuk' serangga," katanya.

Tengku Mahmud Tengku Husain bersama pekerja di kebunnya - gambar Rafisqi Radhi
Tengku Mahmud Tengku Husain bersama pekerja di kebunnya - gambar Rafisqi Radhi

Mengulas mengenai penghasilan buah itu pada tahun ini, Tengku Mahmud berkata, cuaca panas berpanjangan yang melanda utara tanah air beberapa bulan sebelum ini turut mendatangkan kesan kepada penghasilan Harumanis. 

"Biasanya Harumanis memang 'sukakan' cuaca panas tetapi kali ini, musim panas berlaku terlalu panjang dan suhunya juga amat tinggi hingga mencecah 40 ke 41 darjah celcius. Keadaan itu jelas memberi kesan.

"Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Harumanis kali ini berbuah secara berperingkat hingga menjadi seolah-olah tiga peringkat. Disebabkan itu, peminat Harumanis terpaksa menanti seketika, mengikut giliran untuk menikmati keenakan buah tersebut," katanya. 

Tengku Mahmud menambah, selain cabaran untuk memberi perhatian penuh kepada pokok serta buah yang bersifat sangat manja, pengusaha Harumanis ada kalanya turut berdepan musibah seperti kecurian. 

Kebun Harumanis milik Tengku Mahmud Tengku Husain - gambar Rafisqi Radhi
Kebun Harumanis milik Tengku Mahmud Tengku Husain - gambar Rafisqi Radhi

Katanya, individu yang mencuri buah itu biasanya bukan melakukan perbuatan tersebut untuk menikmati keenakan Harumanis semata-mata, tetapi ingin meraih keuntungan mudah dengan cara menjualnya semula. 

"Macam kebun saya ini terjagalah juga sebab berada dalam kawasan berpagar tetapi kebun-kebun lain, ada antaranya terletak dalam laluan kampung. Jadi pemilik kebun ada kalanya tidak mempunyai pilihan selain tidur di kebun di sepanjang musim Harumanis, bagi mengelakkan kecurian. 

"Malah ada juga dalam kalangan pemilik kebun yang memasang kamera litar tertutup. Sebab itu kita dapat lihat ada dikongsikan di media sosial termasuk klip video memaparkan tindak-tanduk individu tertentu mencuri Harumanis," katanya. - Getaran, 3 Mei 202

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 minggu yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

2

Usahawan 1 bulan yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

3

Semasa 10 bulan yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Giat Promosi Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Halal Global - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik