web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aset Negara Berarak Gagah, Miliki Peminat Tersendiri

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 5:54PM

Pertunjukan udara oleh pesawat Sukhoi Su-30MKM

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan diadakan, aset milik pasukan keselamatan negara, khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menjadi perhatian.

Bukan sekadar aset dipamerkan, barisan anggota yang mengambil bahagian turut menjadi tumpuan, dek segak dan gagahnya mereka dengan pakaian seragam masing-masing.

Aturan langkah yang tersusun dan derap but ketika berkawad cukup memukau, menjadikan ia antara sektor yang paling ditunggu.

Tambah menghangatkan suasana apabila giliran mereka turut diiringi dengan persembahan udara oleh deretan pesawat dan aksi mendebarkan pasukan payung terjun.

Barisan jurugambar kami, Nooreeza Hashim, Salwa Farhana Ismail, Syadila Amari dan Azlan Hadi Abu Bakar tidak ketinggalam menyorot aksi mereka pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya, hari ini.

Barisan penembak tepat (sniper) ATM
Barisan penembak tepat (sniper) ATM
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
Khidmat anjing turut digunakan oleh pasukan keselamatan dan pertahanan negara
Khidmat anjing turut digunakan oleh pasukan keselamatan dan pertahanan negara
Peluru berpandu milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Peluru berpandu milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Antara anggota tentera yang menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Ke-66
Antara anggota tentera yang menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Ke-66

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia