web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:29PM

Peserta Keretapi Sarong bergambar bersama di Dataran Merdeka hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

@getaranmy Acara Keretapi Sarong kembali lagi tahun ini! Mengetengahkan konsep etnik, acara ini telah menarik ramai peserta dan juga diadakan di beberapa buah negeri yang lain. #getaranmy #semasa #beritatiktok #beritaditiktok #dirgahayumalaysia #malaysiamadani #beritaviral #keretapisarong ♬ original sound - Getaran

Acara Keretapi Sarong yang mengetengahkan 'flash mob' atau persembahan kilat berkumpulan, berkonsepkan etnik, kembali lagi tahun ini dan Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi rahsia.

Dengan kehadiran lebih 10,000 peserta, Keretapi Sarong 2023 (KS2023) diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia dan ia berlangsung mulai jam 8.30 pagi di beberapa stesen pengangkutan awam terutama stesen keretapi atau tren.

Seperti kebiasaan KS2023  dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, termasuk tarian tradisional, muzik dan sesi bercerita mengenai masyarakat majmuk di Malaysia yang membentuk identiti negara yang unik. 

Selain lokasi utama di Dataran Merdeka, KS2023 turut diadakan serentak di beberapa bandar dan stesen lain seperti Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).

Lokasi lain adalah Johor Bahru (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu) serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).

Memeriahkan lagi suasana, pelbagai nyanyian lagu patriotik dan tradisional turut dimainkan antaranya Negaraku, Jalur Gemilang, Gemuruh, Standing In The Eyes Of The World, Rasa Sayang, Dikir Puteri, Enjit Enjit Semut, Lemak Manis, Can Mali Can dan Anak Tupai.

Jurugambar, Nooreeza Hashim turut berkesempatan merakamkan suasana KS2023 di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.
Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.
 Peserta menyaksikan persembahan yang disajikan sempena Keretapi Sarong 2023.
Peserta menyaksikan persembahan yang disajikan sempena Keretapi Sarong 2023.
Suasana di salah satu lokasi Keretapi Sarong 2023.
Suasana di salah satu lokasi Keretapi Sarong 2023.
Suasana di salah satu lokasi Keretapi Sarong 2023.
Suasana di salah satu lokasi Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.
Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Gelagat peserta Keretapi Sarong 2023.
Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.
Antara peserta yang memeriahkan Keretapi Sarong 2023.


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia