Akibat sikap tidak sabar, seorang pemandu menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah motosikal.
Melalui rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan dari arah bertentangan, kelihatan kereta berkenaan berhenti di tengah simpang sejurus sebelum dilanggar sebuah motosikal.
Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan terlambung sebelum terjatuh di atas jalan raya.
Impak pelanggaran menyebabkan kasut mangsa juga tercabut dan melayang ke arah berlainan.
Menurut pemilik rakaman, kejadian berlaku berhampiran Kompleks Sukan Paroi pagi tadi dan pemandu kereta yang melanggar lampur merah. – Getaran, 1 Mei 2024
@getaranmy Kejadian berlaku di lampu isyarat berhampiran Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan pada Rabu. #getaranmy #kemalangan ♬ original sound - Getaran