web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memperkasa Pengukir Orang Asli Malaysia

Sekumpulan pengukir kayu daripada kumpulan masyarakat Orang Asli di Malaysia baru-baru ini berpeluang mempelajari satu lagi teknik membuat seni arca.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2022 5:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekumpulan pengukir kayu daripada kumpulan masyarakat Orang Asli di Malaysia baru-baru ini berpeluang mempelajari satu lagi teknik membuat seni arca dengan tunjuk ajar daripada Raymond Koh, pakar menghias kayu menggunakan teknik kesan bakar.

Sejumlah 10 pengukir daripada kumpulan Mahmeri masyarakat itu mempelajari asas seni itu yang juga dikenali sebagai pyrography, termasuk penggunaan peralatan yang menghasilkan kesan bakar atas pelbagai jenis kayu.

Menurut kenyataan daripada Yayasan Kesenian Orang Asli (YKOA), sesi itu dijalankan di Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbun, di Pulau Carey, Selangor pada 22 Jan. 

Walaupun tempat terhad dan pelbagai SOP perlu dipatuhi oleh kerana pandemik, ia gagal melunturkan semangat pengukir itu untuk mempelajari teknik baharu.

Di akhir sesi, mereka menguji teknik pyrography yang dipelajari itu pada ukiran kayu tradisi mereka dan hasilnya jelas anggun.

Ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi Australia, antara lain, sesi tunjuk ajar itu juga adalah inisiatif YKOA dan diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).    

Kenyataan itu menyebut acara itu turut dihadiri oleh Persuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr. Justin Lee, Pengerusi YKOA Dr. Andre Ratos, dan pegawai wilayah JAKOA, Mohammad Nor Yakuub.

Dr. Justin Lee bersama Raymond Koh
Dr. Justin Lee bersama Raymond Koh

Dr. Andre dalam ucapannya di acara itu berkata adalah penting seni masyarakat pribumi dilindungi kerana ia merupakan ekspresi budaya mereka. 

“Apabila mereka menguasai teknik bakar kayu ini, pengukir Orang Asli boleh meneroka bidang lain untuk memperkayakan lagi seni mereka dan menampilkan ekspresi dan nilai yang lebih lagi pada ukiran mereka,” katanya. - Bernama

Semua gambar: Twitter @AusHCMalaysia

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia