Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

Budaya Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 12:21PM

gambar Tonton

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat peminat anime! Tonton sebagai platform penstriman utama mengumumkan kerjasama dengan Animax + GEM bagi penganjuran Anime Fest Plus 2024, yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya. 

Kerjasama yang menjanjikan pengalaman anime menakjubkan turut menawarkan kepada pengunjung saat mendebarkan bersama medium kegemaran mereka.

Anime Fest Plus 2024 anjuran bersama Comic Fiesta, Tonton dan Animax + GEM akan menampilkan pelbagai aktiviti untuk peminat anime yang tentunya tidak membosankan seperti sesi tayangan, pengalaman interaktif bersama peminat bagi setiap lapisan umur dan banyak lagi. 

Dengan koleksi kandungan hiburan Jepun dan anime yang pelbagai di Tonton dan Animax + GEM, pengunjung dapat menerokai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan mengenai budaya animasi di Jepun. 

Berikut adalah sorotan Tonton x Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 termasuk:

Cabutan Bertuah Eksklusif: Pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah eksklusif dan memenangi hadiah menarik, termasuk barangan edisi terhad, memorabilia bertandatangan dari cosplayer dan pengalaman VIP bersama cosplayer.

Where’s OO-Kun: Uji kemahiran pemerhatian anda dalam cabaran ‘Where’s OO-Kun’, di mana peserta boleh memenangi patung eksklusif OO-kun dengan mencari OO-kun, maskot Animax yang menawan hati di reruai disediakan. 

Sesi Beramah Mesra Secara Eksklusif: Beramah mesra dengan personaliti anime kegemaran anda dalam sesi eksklusif yang dihoskan oleh Tonton dan Animax. Temui cosplayer tempatan terkemuka seperti Miisa dan bawa pulang kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sesi Bergambar Bersama Maskot: Bergambar dengan OO-Kun, Chu Chu dan maskot anime ikonik yang lain di photobooth yang tersedia. Nikmati keajaiban Anime Fest Plus 2024 dengan kenangan bergambar yang akan anda hargai.

Sertai Tonton dan Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 untuk anime, cosplay dan persahabatan hujung minggu yang penuh aksi. 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari Comic Fiesta dan ikuti Tonton dan Animax di media sosial. – Getaran, 25 April 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

2

TARA 1 tahun yang lalu

5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Strim 2021MAMA Secara Langsung Di Tonton

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN