web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kakiseni Junior Mencorak Kembali Imaginasi

Kakiseni lancar Kakiseni Junior untuk membantu kanak-kanak dan golongan seni yang terjejas.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:56AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di saat wabak COVID-19 melanda, sekolah-sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. Aktiviti-aktiviti kokurikulum tambahan sudah pun ‘terhenti’ selama lebih setahun, mengakibatkan kesihatan mental para pelajar, khususnya kanak-kanak sangat terkesan.

Seraya itu, Kakiseni mengambil langkah proaktif dengan melancarkan platform seni terbaharu, Kakiseni Junior. Platform ini memberi ibu bapa dan guru peluang untuk menemukan kembali minat kanak-kanak dan remaja terhadap seni agar tidak terkambus buat selama-lamanya. 

Dijayakan oleh Yayasan Sime Darby, Kakiseni Junior juga bertujuan untuk menyokong pengamal seni (terutamanya mereka yang terputus pendapatan sepanjang PKP ini) untuk menawarkan sesi pembelajaran mengikut kelas dan harga mereka sendiri dengan jaminan 100% bayaran penuh. 

Kanak-kanak yang mengikuti kelas-kelas yang ditawarkan di Kakiseni Junior bakal mempelajari tentang pembelajaran digital dan perisian (software) serta kursus-kursus seni yang dijalankan secara maya atau atas talian sehingga sesi pembelajaran secara fizikal dibenarkan oleh kerajaan. 

Ibu bapa bolehlah memilih empat kelas yang ditawarkan di Kakiseni Junior, seperti:

  • Seni Persembahan
  • Seni Tradisional
  • Seni Visual
  • Kemahiran Hidup/Motivasi

 

SeniMAD: Program Seni Untuk Komuniti Terpinggir

Menurut Laporan Pemerhatian COVID-19 Hak Asasi Manusia dan Laporan Hak Kanak-Kanak tahun lalu, lebih daripada 91% pelajar di dunia tidak dapat bersekolah kerana penutupan sekolah di sekurang-kurangnya 188 negara sejak pandemik ini bermula. 

Ini mengakibatkan ramai kanak-kanak dan remaja kehilangan peluang untuk mempelajari seni dan berkembang secara rohani. Kerugian ini menambahkan lagi kesan negatif terhadap golongan pelajar kurang bernasib baik yang hanya mengharapkan pelajaran di sekolah awam. 

Justeru, Kakiseni akan terus mempromosi dan melabur untuk pendidikan kreatif ini. Inisiatif ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Yayasan Sime Darby yang berharap dapat mencetuskan perbincangan antara komuniti seni dan masyarakat tentang masa hadapan seni di Malaysia.

Kakiseni dan Yayasan Sime Darby percaya pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembangunan insaniah belia kita. Oleh itu, yuran pemprosesan berjumlah RM15 untuk setiap transaksi Kakiseni Junior diharapkan dapat membantu menjayakan inisiatif ini.

Program seni yang diberi nama ‘Seni Making A Difference’ (SeniMAD) ini meliputi 16 sesi program kreatif yang dijalankan oleh tenaga-tenaga pengajar seni profesional kelolaan Kakiseni untuk kanak-kanak dan remaja dari golongan masyarakat terpinggir secara percuma.

Tahun ini sahaja, Yayasan Sime Darby telah berjaya membiaya 160 kanak-kanak dari komuniti B40 yang mendapat faedah SeniMAD secara menerus. Perincian lebih lanjut tentang penglibatan mereka bakal dikongsi dalam masa terdekat.

Melalui SeniMAD, Kakiseni Junior berharap agar ia menjadi platform utama untuk kanak-kanak dan remaja dari masyarakat terpinggir itu untuk membesar (fikiran dan fizikal) dengan cara yang sihat dan harmoni. Layari Kakiseni dan Kakiseni Junior untuk maklumat lanjut. – Getaran, 10 Jun 2021

Semua gambar: Kakiseni

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara