web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Set LEGO Bertema Tahun Baru Cina Yang Comel

Raikan Tahun Baru Cina 2021 dengan tiga set permainan LEGO yang diilhamkan oleh budaya dan tradisi masyarakat Cina. Sangat comel, hati anda pasti tertawan!

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 9:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tambahkan kemeriahan Tahun Baru Cina anda sekeluarga dengan set permainan konsep LEGO terbaharu - LEGO® Chinese Traditional Festival.  

Konsep ini mengambil inspirasi dari budaya, kisah legenda dan tradisi masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia menawarkan cabaran membina dan bermain dengan kreatif, bagi mereka yang mahu mempelajari dan gemarkan budaya Asia.

LEGO® Chinese Traditional Festival ini terbahagi kepada tiga set iaitu Story of Nian, Spring Lantern Festival dan Town Happy Childhood Moments.

 

Story of Nian 

Diadaptasi dari legenda China, di mana raksasa mitos bernama Nian datang menyerang penduduk desa pada setiap musim bunga. Nian hanya boleh dihalau dengan warna merah, nyalaan api dan bunyi-bunyian yang lantang. 

Kebiasaannya, penduduk desa akan berjaga pada waktu malamnya bagi mengawasi kehadiran Nian yang selalu muncul pada malam Tahun Baru Lunar. Dikatakan bahawa kisah legenda inilah yang memulai tradisi membakar mercun dan amalan memakai rona merah untuk mendapat tuah dan berkat nasib baik.

Hal ini sangat bertepatan, tatkala kita bakal melihat tahun 2021 dengan penuh optimis dan harapan setelah berjaya mengharungi tahun 2020 yang mencabar.

Set ini menampilkan figura Nian dan enam penduduk desa di pekarangan rumah batu-bata tradisional Cina. Ia lengkap dengan hiasan tradisi seperti bunga api, mercun dan tanglung. Suasana bersalji dihidupkan pula dengan kehadiran bongkah ais dan orang salju. 

Demikian, kanak-kanak dapat mempelajari asal-muasal sesuatu tradisi melalui cara yang sangat menyeronokkan, dengan hanya menggunakan bongkah-bongkah LEGO. 

Spring Lantern Festival

Spring Lantern Festival mencipta semula suasana ajaib festival yang menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Lunar. 

Ia menampilkan sebuah taman harmoni yang lengkap dengan astaka Cina, pintu gerbang bulan, jambatan, kolam ikan koi, pepohonan buluh dan sebuah tanglung istimewa berbentuk lembu yang boleh dinyalakan. 

Turut hadir barang-barang wajib lainnya selama festival berlangsung seperti tanglung dan figura pengunjung-pengunjung, lengkap dengan teh buih atau bubble tea, telefon bimbit dan kamera mini. 

Town Happy Childhood Moments

Memperkenalkan dua reka bentuk menarik, khusus untuk kanak-kanak pra-sekolah. Pemain dapat memainkan suasana perayaan Tahun Baru Cina atau boleh juga memilih untuk bermain suasana hari pertama persekolahan. Set ini membolehkan kanak-kanak pra-sekolah mengenali perayaan ini dengan lebih dekat, sekali gus dapat mempelajari tentang persiapan ke sekolah dengan cara yang lebih menghiburkan. 

 Layari LEGO MALAYSIA  untuk promosi dan maklumat lanjut. 

SEMUA GAMBAR: LEGO MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Gaya 1 tahun yang lalu

REDLINE Fitness Games Powered By NISSAN Menguji Stamina, Janji Pengalaman Mendebarkan

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Lego Hyper Naked Yamaha MT-10 Semarakkan Jiwa Kelajuan Peminat Motosikal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara