web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Diari Seorang Suami' Papar Kisah Suami Isteri Remaja

Pasangan berusia 18 tahun yang dilamun cinta nekad berkahwin biarpun ditentang keluarga yang akhirnya memaksa mereka hidup sebagai gelandangan. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 3:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Slot Lestary TV3 membawakan sebuah drama terbaharu berjudul 'Diari Seorang Suami' yang memaparkan kisah perkahwinan remaja berusia 18 tahun dibintangi Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo.

Atas dasar cinta, pasangan muda ini nekad mencari kebahagiaan hidup walaupun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga masing-masing. Namun, cabaran hidup yang sangat sukar di ibu kota mula menguji perasaan dan hati pasangan muda ini. 

Drama ini memberi pengalaman baru buat pelakon dan penyanyi, Afieq kerana julung kalinya tampil sebagai bintang utama dan melakonkan watak suami.  

“Waktu pertama kali saya ditawarkan watak Hairie, banyak kali saya tanya dengan penerbit betulkah nak ambil saya berlakon drama ini. Kata penerbit memang dia nak pelakon yang mempunyai karakter seperti saya. Lepas dapat skrip, sekali saya saya bertanya, betulkah watak ini untuk saya. 

"Saya rasa ini peluang untuk merasai bagaimana orang seusia saya berkahwin kemudian bakal menimang cahaya mata dan menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup,” kata Afieq.

Menerusi drama ini orang ramai dapat melihat perkembangan watak Hairi lakonan Afieq dan Neesa (Yuna Rahim) dari zaman bujang sehinggalah bergelar suami ister serta ibu bapa.

Perjalanan hidup yang mereka pilih bukan mudah. Hairi hanya berbekalkan sijil SPM manakala Neesa pula menduduki peperiksaan STPM.

Selepas mengambil keputusan untuk berkahwin lari, mereka menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahkan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan tetap. Pasangan ini terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup bersama gelandangan lain.

Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. 

Suatu hari Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu. Dia menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

Drama 13 episod terbitan Art Ornament Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Johan Bahar dengan nukilan skrip dan idea asal Azril Hamzah, Amin Shakib serta Shida Zali.

Selain Afieq, Yuna dan Keith Foo, drama ini turut dibintangi pelakon berbakat besar iaitu Fimie Don, Jun Lojong, Syanie dan Sani Sudin Kopratasa.

'Diari Seorang Suami' bersiaran di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam bermula 12 November lalu. - Getaran, 17 November 2021

Foto: Media Prima

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

‘I've Found My Happiness’ - Riena Diana, Keith Foo Akui Hangat Bercinta

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara