web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘I've Found My Happiness’ - Riena Diana, Keith Foo Akui Hangat Bercinta

Pasangan ini dilihat berpimpin tangan sewaktu menghadiri majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzman malam tadi

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 12:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan gimik, sebaliknya pelakon yang semakin meningkat naik, Riena Diana dan aktor berstatus duda, Keith Foo memang sedang hangat dilamun cinta.

Pasangan ini dilihat berjalan berpimpin tangan sewaktu menghadiri majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzmann di Putrajaya malam tadi.

Riena dan Keith sewaktu ditemui pihak media kelihatan terkejut namun mengakui bahawa mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Kami sedang dalam penggambaran sebuah drama. Ini kali pertama kami bergandingan. Dari situ kami dapat mengenali diri masing-masing.

"Keith berjaya menambat perhatian saya. Dia seorang yang baik dan sangat mengambil berat," kata Riena.

Sementara itu bagi Keith pula, dia menyifatkan hubungan istimewa yang terjalin ini sebagai sesuatu yang berlaku secara semula jadi.

"It is something that happened naturally. Kami berdua pun tidak menjangkakan perkara ini terjadi.

"Chemistry di antara kami menjadi sangat kuat, sehingga kami sendiri tertanya-tanya adakah sesuatu sedang terjadi di antara kami," jelasnya.

Ditanya adakah kemesraan yang ditunjukkan ini adalah gimik semata-mata untuk mempromosikan drama terbaru mereka, Riena dan Keith menidakkan dakwaan tersebut.

Riena juga tidak melihat status Keith yang merupakan seorang duda anak satu sebagai satu masalah untuk dirinya menjalin hubungan cinta dengan aktor itu.

"Saya tahu tentang status dia dan saya tidak rasa ia satu masalah. Saya pun telah berjumpa dengan anak dia iaitu Skylar dan juga keluarganya.

"Ini kali pertama yang berkawan dengan orang dalam industri yang sama. Untuk ke fasa seterusnya itu saya masih tak berani nak cakap kerana kami masih baru berkenalan.

"Tapi apa yang boleh saya cakap I've found my happiness now," ujarnya.

Bagi Keith pula, dia menyifatkan Riena sebagai wanita yang punya segala-galanya untuk dicintai.

"Dia adalah bukti bahawa anda boleh jatuh cinta sekali lagi. Saya ingat perkara ini (jatuh cinta) tidak akan terjadi lagi dalam hidup saya. Tetapi ia sedang berlaku sekarang ini. Jadi tolong doakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya.

Mendengar pengakuan Keith itu, Riena yang berdiri di sebelah terus kelihatan terharu dan sebak sekaligus membuktikan bahawa mereka berdua memang sedang hangat dilamun cinta.

Riena dan Keith akan berangkat ke New Zealand tidak lama lagi bagi menjalani penggambaran drama di sana. - Getaran, 10 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan: Eyka Farhana - Jaa Suzuran, Serasi Dalam 'Autumn In Wales'

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Diari Seorang Suami' Papar Kisah Suami Isteri Remaja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara