web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komik Pertama Batman Dijual Pada Harga US$1.74 Juta

Naskhah itu adalah satu daripada 36 sampel yang diperoleh daripada komik keluaran Golden Age dan hanya enam naskhah yang lain mempunyai gred lebih tinggi iaitu 6.5. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 5:30PM

Gambar: Goldin Auctions

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naskhah  lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan US$1.74 juta.

Komik Detektif No 27, yang menampilkan pengembaraan unik The Batman pada muka depannya, adalah respons kepada watak adiwira Superman yang muncul dalam Komik Action No 1 yang diterbitkan  11 bulan lebih awal, menurut agensi lelongan, Goldin Auctions.

Enam muka surat saja. Itu sudah cukup untuk menyaksikan watak adiwira Batman berkembang sehingga menjadi legenda cerita rakyat serta mampu diganding dengan seloka penglipur lara budaya masyarakat yang mendirikan kesenian Amerika, berkisar pada sisi Wayne Manor, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan agensi berkenaan.

Naskhah itu adalah satu daripada 36 sampel yang diperoleh daripada komik keluaran Golden Age dan hanya enam naskhah yang lain mempunyai gred lebih tinggi iaitu 6.5. 

Bagi penggemar dan pengumpul koleksi komik, item berkenaan dianggap kitab suci dalam kategori komik dan menjadi edisi pertama yang memulakan watak Batman serta menjadi punca kepada kegilaan terhadap adiwira itu, kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Goldin Auctions, Ken Golden kepada CNN. 

Sejak edisi berkenaan diterbitkan, Batman berkembang lebih daripada sekadar watak kartun. Ia benar-benar berkembang sehingga menjadi simbol harapan rakyat dan punca mengapa pengumpul koleksi ingin memilikinya. 

Menurut UPI, jualan berlangsung pada sesi lelongan barangan termasuk kenderaan yang pernah dimiliki mendiang penyanyi rap terkemuka, Tupac Shakur, baju pernah dipakai artis Prince dan kad lesen memandu tahun 1966 ditandatangani penyanyi Jim Morrison. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 9 bulan yang lalu

Gaun Puteri Diana Di Lelong Pada Harga AS$1,148,080

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Prekuel Komik Spider-man 2 Kini Boleh Dibaca Dalam Talian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: Peniaga Lelong Barang Hingga 50 Peratus Di Segamat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Peniaga Kedai Pakaian Di Kota Tinggi Buat Jualan Lelong Serendah RM5

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia