web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaun Puteri Diana Di Lelong Pada Harga AS$1,148,080

Catat sejarah sebagai pakaian milik mendiang yang paling mahal pernah dilelong

Gaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 8:11PM

gambar Instagram juliens_auctions

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan.

Gaun baldu hitam itu dilelong di Julien's Auctions dengan harga AS$1,148,080, lapor PA Media.

Sebelum ini pakar menganggarkan gaun terbabit bernilai AS$100,000.

Bagaimanapun, gaun yang lengkap dengan pelapik bahu, skirt organza biru, reben besar dan selempang - kini menjadi pakaian Puteri Diana yang termahal pernah dilelong.

gambar BERNAMA
gambar BERNAMA

Busana termahal milik Puteri Diana yang dijual sebelum ini adalah gaun baldu 1991 oleh Victor Edelstein yang memperoleh AS$604,800 pada lelongan pada Januari.

Ini bermakna gaun Jacques Azagury milik Puteri Diana merekodkan harga hampir dua kali ganda berbanding gaun sebelum ini.

Diana kali pertama mengenakan persalinan itu di Itali pada 1985 semasa dalam lawatan diraja bersama suaminya ketika itu Putera Charles dan sekali lagi semasa menghadiri Orkestra Simfoni Vancouver pada 1986. - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: Peniaga Lelong Barang Hingga 50 Peratus Di Segamat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Peniaga Kedai Pakaian Di Kota Tinggi Buat Jualan Lelong Serendah RM5

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Komik Pertama Batman Dijual Pada Harga US$1.74 Juta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelongan Aset Sajat Selesai, Pembida Dapat Durian Runtuh Hanya Bayar RM42,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia