Watak-watak superhero yang ada di dalam filem Marvel kebanyakannya datang daripada terbitan komik rasmi mereka iaitu Marvel’s Comics sejak 1961. Daripada sebuah komik superhero yang pada awalnya terkenal di Amerikan Syarikat (AS), ia diterjemahkan kepada pembikinan filem dan dunia permainan video.
Di Malaysia, pengumpul komik ini wujud dalam jumlah bilangan yang agak kecil berbanding di AS. Malah bahan ini juga agak sukar didapati di negara kita ini. Berita baik buat peminat komik Marvel’s, Insomniac Games mengumumkan prekuel komik Spider-man 2 sudah boleh boleh dibaca secara dalam talian dengan percuma.
Sebelum ini, syarikat permainan video tersebut pada awalnya telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan prekuel komik Marvel’s Spider-man 2 dan ia hanya ditawarkan dalam bentuk fizikal. Dengan pembacaan dalam talian ini, komik Marvel telah menunjukkan penglibatan mereka dalam dunia digital.
Selain itu, pengeluaran komik ini juga seiring dengan game Marvel’s Spider-Man Remastered di Playstation 5 yang dijual dengan harga RM209 dan tambahan RM50 untuk versi naik taraf.
Sebagai prekuel, komik ini akan menjadi perantaraan antara game Marvel’s Spider-man: Miles Morales dan permainan video akan datang, iaitu Marvel’s Spider-Man 2 yang akhirnya menggabungkan Peter Parker dan Miles Morales dalam satu permainan.
Terbitan komik Marvel’s kali ini ini ditulis oleh Christos Gage dan ilustrasi dihasilkan IG Guara. Pada bahagian warna pula, ia dihasilkan oleh Rachelle Rosenberg dan muka depan oleh Todd Nauck.
Penulis menjangkakan evolusi bahan bacaan komik daripada fizikal kepada digital secara percuma ini adalah antara strategi atau langkah untuk melihat bagaimana penerimaan pembaca di pasaran global.
Jika ia berjaya mendapat sambutani, jangan terkejut kalau komik Marvel dalam talian akan dikenakan bayaran atau langganan bulanan untuk keluaran seterusnya. Ini kerana produk-produk Marvel’s kebanyakannya dikeluarkan secara premium dan berkualiti. Maka, sama-sama kita lihat pergerakan dunia Marvels pada masa akan datang.
Oleh itu, kepada yang berminat untuk membaca dan melihat hasil karya prekuel komik untuk Marvel’s Spider-man 2, anda boleh klik pautan ini. - Getaran, 9 Ogos 2023
Sumber/Foto: Marvel.com