web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raih RM40 Juta Di Indonesia, Sayap-Sayap Patah Bakal Ditayangkan Di Malaysia

Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan pengganas bangkit merusuh.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 12:00PM

(Dari kiri) Roslina Abd Majid, Nicholas Saputra dan Ariel Tatum. - Gambar oleh Roslen Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

esudah ditayangkan di Indonesia sejak 18 Ogos 2022 lalu, filem drama tragis, Sayap-Sayap Patah lakonan Nicholas Saputra dan Ariel Tatum berjaya meraih sambutan hangat daripada lebih 2 juta penonton di republik itu dengan kutipan tiket sekitar RM40 juta.

Mengesahkan perkembangan ini, produser AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid, berkata filem arahan sutradara handalan Rudi Soedjarwo itu mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama.gandingan bintang ternama di Indonesia.

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.

“Malah, sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut akui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.

“Mengikut perancangan AddMore Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap-Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam,” katanya.

Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan pengganas bangkit merusuh.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan seramai lima  anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

Sayap-Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K.

Pengarah Rudi Soedjarwo pula sebelum ini pernah menggilap bakat Nicholas kira-kira 20 tahun lalu menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta. Filem lain arahan Rudi termasuklah 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, 40 Hari Bangkitnya Pocong dan Mendadak Dangdut.

Lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi telah dipilih menjadi OST filem blockbuster ini.

Ramai memuji skor muzik serta kesan bunyi untuk filem ini yang banyak membantu babak-babak sedih, ceria dan mendebarkan. - Getaran, 11 September 2022.

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 14 jam yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

Ada di antara mereka yang dijemput oleh Kementerian Media Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji tahun ini

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

Selain menjaga penampilan, mereka juga dilihat sentiasa bertanggungjawab menjaga keluarga

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Kumpulan Cokelat Bakal Bikin Konsert September Hadapan

oleh Wartawan Hiburan Getaran