web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

Selain menjaga penampilan, mereka juga dilihat sentiasa bertanggungjawab menjaga keluarga

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 3:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berstatus suami dan bapa, namun lima selebriti lelaki ini masih punya tempat di hati peminat dan mempunyai pengaruh yang tersendiri. 

Dikurniakan wajah kacak dan mempunyai bentuk badan yang kekar, mereka sentiasa menjaga penampilan, selain dilihat sentiasa bertanggungjawab menjaga keluarga. 

Sempena meraikan Hari Bapa kali ini, berikut adalah senarai lima selebriti lelaki yang layak digelar ‘Hot Daddy’. 

1. Doktor Say Shazril

Doktor selebriti yang mempunyai lebih dari 400 ribu pengikut di Instagram ini, sentiasa peka dengan hal ehwal semasa dan sering memberikan pelbagai inspirasi buat warganet terutama perihal menguruskan keluarga. 

Tidak pernah jemu berkongsi pelbagai tips dan kisah, pengacara program ‘Hello Doktor’  ini turut mengagumkan orang ramai dalam menguruskan salah seorang anaknya yang dikategorikan sebagai ‘kanak-kanak istimewa’. 

Daripada maklum balas pengikut-pengikutnya, perkongsian Dr Shazril Shaharuddin atau Dr Say itu ternyata membantu ramai orang untuk memahami pelbagai isu dan berjaya memberikan kesedaran. 

Personalitinya yang menawan membuatkan lelaki ini sering menjadi pilihan jenama komersial untuk menjadi jurucakap atau duta produk mereka. Dr Say juga aktif sebagai model sambilan. 

2. Fizo Omar

Kegagalan dalam perkahwinan pertama bersama Mawar Abdul Karim, bukan alasan pelakon Fizo Omar untuk mengabaikan anak mereka, Wan Maryam. Sebaliknya kedua-dua figura ini telah mencapai kata putus untuk menjadi sahabat dan co-parent yang terbaik. 

Selain Wan Maryam, Fizo turut mempunyai dua cahaya mata lain yang juga perempuan hasil perkahwinan bersama Fazeera Nazri. 

Meski sibuk dengan pelbagai komitmen, namun pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar ini sentiasa meluangkan masa bersama keluarga. 

Baru-baru ini perkongsian Fizo yang menyaksikannya membuat kejutan buat Wan Maryam dengan melawatinya di sekolah tular di media sosial. Sedar dengan kehadiran bapa tercinta, Maryam berlari memeluk Fizo bagi melepaskan rindu. Ramai warganet berasa terharu dengan usahanya itu. 

3. Hairul Azreen

Wajah yang kacak dan mempunyai badan yang kekar antara pakej yang dimiliki oleh pelakon Hairul Azreen. 

Hasilnya, Hairul sering kali dipilih sebagai teraju utama membintangi filem-filem aksi. Antaranya seperti Paskal, Wira, Abang Long Fadil 3 dan filem terakhirnya, Malbatt : Misi Bakara. 

Hairul mengumumkan untuk berundur daripada dunia lakonan setelah berkecimpung lebih 15 tahun. 

Keputusan itu dibuat kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga. 

“Saya akan aktif di media sosial, cuma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan masa bersama ibu bapa saya serta anak-anak.

“Bayangkan bila saya berlakon saya akan fokus dengan satu watak serta buat badan selama enam bulan. Sehinggakan anak-anak membesar dengan cepat tanpa saya sedari dan saya tidak dapat bersama mereka ketika proses itu,” ujar Hairul ketika mengumumkan pengundurannya ketika menjadi personaliti jemputan segmen 3 Pagi Era. 

Untuk rekod, Hairul telah berkahwin dengan pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha pada tanggal 5 Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. 

4. Zaquan Adha

Bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha bakal bergelar bapa kepada tujuh cahaya mata. Berita itu diumumkan oleh isterinya juga pelakon popular, Ayu Raudhah yang kini sedang sarat mengandung. 

Di sebalik profil seorang bapa yang mempunyai ramai anak, Zaquan dilihat masih mengutamakan penampilannya. Dengan wajah yang mempunyai nilai komersial, Zaquan turut disunting oleh beberapa jenama terkenal sebelum ini sebagai model mereka. 

Penangan penampilannya yang sentiasa kemas dan terjaga rapi, Zaquan turut digelar David Beckham Malaysia. 

Baru-baru ini kembar kepada Aidil Zafuan itu turut diundang menjadi salah seorang moderator di sebuah program televisyen dan dalam masa yang sama mengintai peluang ke arah bidang kejurulatihan. 

5. Norman Hakim 

Biarpun usianya hampir mencecah ke 50 tahun, penampilan ‘daddy’ kepada enam orang cahaya mata ini kelihatan sempurna. Sebagai seorang bapa, Norman dilihat sentiasa mengambil tentang keluarga dan meluangkan masa dengan mereka. 

Mementingkan penjagaan tubuh badan agar kekal sihat dan bertenaga, Norman memberitahu dia melakukan perkara itu bukan semata-mata untuk tampil menawan, tetapi adalah demi keluarga. Supaya dia punya kudrat untuk menjaga keluarganya dengan lebih baik.

Kini, minat dalam bidang sukan turut diikuti oleh anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 21. Lebih manis, pasangan anak dan bapa ini sering kali melakukan aktiviti bersama sehingga menyifatkan Danish sebagai kawan baiknya. 

Selain Danish, Norman mempunyai lima orang lagi orang cahaya mata iaitu, Marissa Dania Hakim, 19; Danisha Hakim, 16; Muhammad Darwisz Hakim, 10; Muhammad Dikhriz Hakim, 8; dan Mikayla Delisha Hakim, 5. - Getaran, 15 Jun 2024

Foto : IG

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Tom Menangis Kegembiraan, Norman Hakim Pula Berduka Kehilangan Bapa

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Masih Diisytihar Bankrap Dengan Jumlah RM8 Juta, Fizo Omar Akui Ia Memberi Kesan Kepada Kelangsungan Hidupnya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Alami Kecederaan Lutut, Hairul Azreen Terpaksa Tarik Diri Dari Membintangi Filem 'The Original Gangster' 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dunia Saya Rasa Seperti Terhenti, Bila Ayah Tiba-Tiba Tidak Bernafas – Norman Hakim 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik